Followers

Tuesday, May 21, 2013

MARA Bukan Segalanya

Post aku yang mendapat sambutan di group fb SBP. Aku mengabdikan karangan pendek atau tazkirah ringkas ini di blog sendiri. Moga bermanfaat untuk ummah keseluruhannya. In shaa Allah. :)

:: MARA bukan SEGALANYA.

Bismillahi | Allahuakbar.
Allahumma solli a'la muhammad.

:)

Tergerak untuk menulis.
Bila mana.
Dalam situasi Maraisme yang melanda.

Dalam saat-saat sebegini.
Ada yang sedang bergumbira.
Ada juga yang berduka lara.
Ada yang rasa bagai dunia dia yang punya.

Ok.
Pendekkan. [takyah bersastera]

Kita ada mungkin yang terasa `sedikit muram durja.'
Bila mana rezeki masing-masing tak sama.
Kan?

Ada yang bakal fly.
Ada yang stay bumi sama.
Ada yang ke IPT. IPTS mahupun IPTA.

Hakikatnya.
Memang kita sebagai insan biasa akan berasa sesuatu dengan apa yang tidak kita dapat ..

Allah lebih tahu.
Allah ada aturkan keADILan.

Meh sini nak cerita satu kisah keADILan yang Allah aturkan untuk setiap insan.

Bismillah.

Nabi Musa AS pernah bertanya Allah.
"Apa itu keadilan"

Lalu.
Allah arahkan Baginda untuk berdiri di atas sebuah bukit.
Yang dari situ. Nabi Musa AS dapat melihat keadaan di bawahnya.

Baginda ternampak ada sebatang sungai yang mengalir.
Datang seorang lelaki berkuda untuk berwudhuk lalu solat di atas batu.
Ketika beredar. Lelaki itu tertinggal satu bungkusan di situ.

Tak lama selepas lelaki berkuda itu beredar. Datang pula SEORANG ANAK KECIL MENGAMBIL BUNGKUSAN yang lelaki berkuda itu tinggalkan.

Selepas itu. Datang pula seorang lelaki buta untuk solat di atas batu. Ketika lelaki pertama berkuda yang tertinggal bungkusannya sedar akan ketiadaan bungkusan itu. Dia berpatah balik ke sungai itu dan bertanya kepada si buta tentang bungkusan yang dia tinggalkan.

"Apakah kau mengambil bungkusanku yang terisi di dalamnya SERIBU DINAR"

Tahulah Nabi Musa AS. Di dalam bungkusan itu terisi seribu dinar.

Lelaki BUTA itu menafikannya.
Lalu. lelaki berkuda yang datang bersolat itu tadi MEMBUNUH si BUTA itu.

The End.

Di manakah keADILan yang cuba Allah tunjukkan?!

Bukan sekadar kita yang tertanya,
Bahkan Nabi Musa AS pun tertanya-tanya juga.

Allah menjelaskan.

Sebenarnya.
BUDAK LELAKI yg mengambil hak lelaki berkuda itu rupa-rupanya anak pekerja lelaki berkuda yang tidak DIBAYAR GAJI bernilai SERIBU DINAR.

LELAKI BUTA YANG DIBUNUH OLEH LELAKI BERKUDA itu sebenarnya tidak buta sebelumnya dan DIA YANG MEMBUNUH AYAH BUDAK KECIL YANG MENGAMBIL HAK LELAKI BERKUDA ITU.

Jadi.
Nampak tak keADILan Allah SWT..

Kadang-kadang kita rasa hidup ini tidak ADIL.
Ada yang dapat LEBIH.
Sedangkan kita biasa-biasa saja.

Allah telah mengaturkan keADILAN yang TERBAIK untuk kita sebenarnya.
Dan yang pasti MARA bukan segalanya.

Moga Allah redha

2 comments:

  1. Iyyap, mara bukan segalanya. Rezeki kita di mana-mana. Untuk dunia memang manusia selalu teruja untuk dambakan.

    yet,rezeki untuk mnjdi org yg selalu befikir kjadian dalam khidupan sehari-hari lebih lagi kita perlukan.

    ReplyDelete