Followers

Friday, December 14, 2012

..~Biasiswa II~.. Allah Tahu Sedang Kita Tidak Mengetahui (:

Bismillah...
Bersyukur padaNya
Dan marilah berselawat pada Muhammad Sollahu A'laihi Wasallam (:

Berminat untuk jadi anak emas Karangkraf..
Alaaa..syarikat buku paling kaya milik bumiputera MelayuIslam kat Malaysia
 #hehe, jangan teringat anak emas kat KI lak..

Ni ada cerita panjang dia..
Baca dulu :)



 SYARAT-SYARAT DAN TERMA BIASISWA KARANGKRAF


Pihak  KARANGKRAF akan membayar semua amaun yuran pengajian pelajar termasuk yuran
pendaftaran, yuran pengajian dan yuran semester seperti yang terkandung dalam struktur yuran
institusi. Bagi elaun sara hidup, buku dan penginapan tidak ditanggung oleh pihak KARANGKRAF.
Oleh itu, pelajar perlu mematuhi syarat-syarat tawaran seperti berikut :

1. Pelajar harus menjaga imej dan nama baik KARANGKRAF dan tidak melakukan sebarang
salah-laku serta mematuhi undang-undang institusi pembelajaran.

2. Pelajar  tidak boleh menukar kursus pengajian tanpa kebenaran terlebih dahulu oleh
KARANGKRAF.

3. Pelajar perlu mencapai kejayaan yang memuaskan dalam pengajian, iaitu minimum CGPA
3.2 .

4. PELAJAR akan melaporkan dengan segera kepada  Sekretariat Dana Pendidikan
KARANGKRAF segala keputusan peperiksaan penggal, semester atau tahunan institusi
pengajian yang ditetapkan sebelum kemasukan semester baru.

5. Jika salah seorang atau kedua-dua PENJAMIN meninggal dunia atau tidak bermastautin
dalam Malaysia atau berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas (12) bulan
berturut-turut atau dihukum seorang bankrap atau memperolehi sesuatu perintah
pentadbiran pemakan gaji , maka PELAJAR harus mendapatkan pengganti penjamin dengan
dipersetujui terlebih dahulu oleh KARANGKRAF.

6. Jika PELAJAR gagal untuk mendapatkan pengganti penjamin dalam tempoh yang ditetapkan
oleh KARANGKRAF maka KARANGKRAF boleh menamatkan perjanjian ini pada bila-bila
masa dan dengan itu PELAJAR tidak akan mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa
faedah di bawah perjanjian ini.


7. Pelajar tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau
kumpulan tanpa kelulusan terlebih dahulu dari KARANGKRAF.

8. Pelajar tidak boleh menjadi ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan apa-apa
pertubuhan, badan atau kumpulan yang bercorak politik tanpa kelulusan terlebih dahulu
dari KARANGKRAF.

9. Pelajar tidak boleh mengambil bahagian atau menyediakan atau mengedarkan dengan apaapa cara dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan yang memudaratkan
kepentingan Malaysia atau institusi pendidikan yang ditetapkan.

10. Jika PELAJAR melakukan pelanggaran terhadap syarat-syarat di atas, KARANGKRAF boleh
menurut budi-bicara  mutlaknya, menamatkan perjanjian ini dan dengan itu, tanpa
menyentuh hak-hak KARANGKRAF di bawah perjanjian ini,  PELAJAR tidak lagi mempunyai
apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah perjanjian ini.

Ni bukti yang biasiswa ni betulbetul wujud..hehe


#Haa..mesti korang nak tahu macam mana nak buat untuk dapat kan?
Hehe
Macam biasa lepas result spm, terus google..
Settle..

Dan aku..
Masih teguh bersama KYUEM ..
Sekian..
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment