Followers

Monday, October 7, 2013

Yeah. Semangat itu penting tahu??.... pfffttt.

Bismillah.
Sollallahu a'la habibi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam.

Pertama sampai akhirnya.
Bersyukur pada Allah 'Azza Wajalla kerna izinNya.
KasihNya.
SayangNya Allah pada kita.
Kita masih ada peluang untuk menjadi hamba yang bahagia bersama nikmat IMAN dan ISLAM.

Ngomong-ngomong.
Kurang lebih 76 jam dari sekarang aku bakal meninggalkan Malaysia tercinta.
Bakal berkelana di bumi Beijing sana. Mohon doakan aku.
Entahlah. Aku tak tahu apa yang aku rasa. Bersyukur apa adanya. Bukan apa. Dahulunya. Aku punya bermacam cita dan harapan untuk dikota. Dulu. Aku teringin ke INTeC. KYUEM. Tak kurang Darul Quran. USIM. Hah! Bapak haloba punya cita-cita yang banyaknya tak terkira. Heh. Kata sahabat sampai sorga aku (Athirah Hani) "Itu bukan tamak atau haloba. Tapi itu tinggi cita-cita" Thanks Hani. Allahu. May Allah bless this ukhuwwah. :')
Dan akhirnya.
Allah berikan aku peluang dari kasih sayangNya untuk merasa belajar obersi (ngaji di obersi ni memang kegilaan ramai bukan? Padahal banyak je kelebihan ngaji dalam Mesia pun sebenarnya) Yeah. Maka nikmat apalagi yang mahu aku dustakan. Padahal di kisas dahulunya aku ni bukanlah pelajar harapan mana, even duduk kelas 401 n 501. Haiii. Acana laaa aku tersesat kelas tuh. K. *gali hikmah.
Mungkin tercampaknya aku ke Bumi Tanah Besar China kerna aku punya minat yang sungguh dalam terhadap bahasa. Segala jenis bahasa aku minat. :'D Errr, dan aku minat juga dekat sumthing yg brkaitan dgn China nih. K. Abaikan . Herherher. *istighfar.
Apa yang perlu aku semat dalam diri selagi nafas tak terhenti. "Allah itu dekat. Allah itu sentiasa bersama dengan kita. Dalam setiap denyut nadi dan hela nafas." [Rujukan: Surah al Ahqaf]  Berbaik sangka dengan Allah untuk setiap aturannya
Yeah.
Meh sini nak cerita kisah tragis yang mungkin ada magis untuk kita selalu sedar Allah itu DEKAT!!!.
Masa aku form 5. Aku dahulunya tercampak kelas first. K. Kena yakin Allah yang letak aku kat kelas tu. Mana tak stghessssss tahap hape je kalau dah nak trial SPM. Banyak gilaaaa benda tak catch up. Dengan biah kelas. Ramai gilaaaaaa stok-stok genius tahap kelapan belas. Dan aku biasa-biasa. Dengan nak tangkap apa cikgu ajar tercungap penat. Errr. Sebab laju mungkin (mengikut kapasiti kelajuan classmates yang lain). K. Aku pendekkan cerita. Tapi sebelum tu. Sila imagine situasi aku yang biasa-biasa duduk dengan manusia luar biasa kemampuan otak mereka.
Sehingga lah satu masa. Dekat Dewan al Muttaqin wal Muthaqqafin. Aku ingat lagi ada sesi macam luahan perasaan lah. Boleh sampaikan apa saja dalam hati kat cecikgu n pentadbir sekolah. Then, bangunlah Ketua Rumah ngadu masalah air. Cliche. Sebab tu macam tak sadis sangat kan kalau tade air. Kena jalan jejauh gi blok oraang. Usung baldi yang penuh dengan baju. Berjalan. Terkejar-kejar. Sumpah cliche. Sebab dari awal tahun sampai SPM tu je yg aku n penduduk Blok E lain buat. Btw. Terima kasih sampai infiniti Ketua Rumah Ali. Nur Ain Asilah Azmi sebab ngadu benda tu depan pengetua. Moga Allah redha. :')
Mungkin kerna usaha anda yg itu. Allah izinkan tahun ni adik-adik kita berseronok dengan air yang banyak. K. Melampau perkataan berseronok tu. (Aman pada jari)
K. Bukan cerita tu nak aku buat drama. Drama belum mula. Tetibe time tu, Aku bangun n pegang mikrofon. Nak tahu apa dialog aku.
Jeng. Jeng. Jeng.
"Assalamualaikum semua. Kat sini. Sekadar meluahkan rasa. Jujur, saya katakan saya pelajar yang tidak cemerlang mana. Selalu rasa ketinggalan dalam kelas 501. Sebenarnya kalau saya ter'black-out' tiba-tiba dalam kelas tu bukan apa. Tapi sebab saya selalu tak faham dan sangat susah untuk nak catch up apa yang cikgu ajar dalam kelas. Saya risau. SPM dan semakin dekat..............." Dan nangis.
Ekceli. Tak ingat pun dialog sebenar.
Ade sesapa ingat?

Aku tengok ada cecikgu nangis jugak time tuh.Walaweh. Itu dialog yang dah lama aku nak cakap. Tapi aku tak tahu kat siapa aku nak luahkan. Simpan dalam hati je sokmo. Sekali burst. Macam gunung berapi. Dan sahabat aku kat sebelah, sebelah dan sebelah nangis jugak. Mungkin sebab aku yang nangis dulu kot. Mungkin laaa.

Hah. Malu takyah cakap laaa.
Tapi time tu segala mak nenek rasa malu macam terbang gi mana aku tak tahu.
Hurmm. Batchmates aku yang muslimin pun ada sekali sebenarnya masa tu.

Masa berlalu pantas. Sementelah kejadian Dewan Besar haritu. Aku semakin gigih gi follow up hehari jumpa cecikgu subjek kritikal. Dan alhamdulillah trial aku 7A campur-campur (if I'm not mistaken) Dapat jadi guru muda Chemist lagi masa Perfect Score. (kes tak cukup orang. Tetibe cikgu suruh lepas tengok result trial)
Berkat doa mama ayah. Para asatizah. Sahabat-sahabat dan doa siapa yang tidak aku tahu.

SPM dirasakan terlalu tenang.
TERLALU TENANG!!
Dan ALHAMDULILLAH walaupun result aku tak segempak mana
(nak tahu sila search kat search box. kehkehkeh)
Dan HIKMAH yang terbesar result SPM aku. Aku tercampak (bakal tercampak) ke Bumi Bejing (Beijing Foreign Studies University) di bawah Program Pelajar Cemerlang Mara. Aku tak rasa kalau aku dapat result yang lebih baik daripada ini. Aku bakal pilih jurusan ini. Tapinya, bukan nak kata jurusan aku ni biasa-biasa. Terlalu luar biasa sebenarnya pada hemat aku.
Bila mana aku renung dan ambil masa untuk insaf diri.
Renung kehebatan Ilahi.
Satu benda yang aku sangat perlu untuk yakini. Aturan Allah itu sentiasa tepat mengikut apa yang hambaNya perlu. Pertolongan Allah tidak cepat dan tidak pernah terlewat. Cumanya. Pertolongan itu selalu pada masa yang tepat! :') 
Makanya.
Motif tajuk entry motif menulis ni sebenarnya cetusan idea apabila aku ditegur dek sahabat aku "Hang ni biasa memang hammasah (semangat) ja selalu.Tak jadi lagi student BFSU. Tapi aku rasa mesti semua orang ingat hang macam dah bertahun duduk sana. Dulu, sebelum hang masuk kisas pun gini kan?" -Nor Zafirah Badian- Bakal Engineer Kurus Yang Beriman-Sahabat dari form 1 Agama Arau sampai form 5 kisas
HAHA.
Maka tercetuslah tajuk seperti di atas. Herherherher.
Makanya.

Motif aku menaip panjang-panjang ni ada banyak.

  1. SPM bukanlah segalanya. Memang lah SPM itu penting. Tapi SPM itu cuma perjalanan untuk ke destinasi. Setelah kita berusaha dengan sekuatnya. Serah saja pada ALLAH A'zza Wajalla. Kalau benar kita benar-benar perlukan 11A+ insha allah. Allah msti bagi. Ada ja sahabat aku yg trial ada banyak subjek failed. Tapi SPM senyum lebar stret A kau. Ingat! Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.
  2. Kalau rasa diri tu pencinta bahasa dan nak cuti lepas SPM lelama macam aku yang dah dekat setahun dah cuti. Mohon pilih tindikan BAHASA MANDARIN dalam borang MARA lepas keputusan SPM insha Allah. Aku yang belum sampai ni pun rasa cam sangat berbaloi.
  3. Untuk dapatkan apa-apa. Sila usaha. Tunjukkan pada Allah selain berdoa, kita bebetul nak dapat kecemerlangan tu, Kalaupun kita tak dapat direct apa yang kita hajatkan. Insha Allah ada pelangi lepas hujan. Macam cter aku. Yang nak sangat studi obersi tapi tak stret pun SPM (opssss, kantoi) Insha Allah, Allah akan buka jalan. Yakin. Yakin. Yakin pada pertolongan Allah.
  4. Letakkan matlamat kita menuju Allah dalam apa jua kita buat. In sha Allah kita akan rasa tenang sentiasa.
"Siapa sangka pelajar yang bagai tiada harapan dahulunya. Dengan pertolongan Allah, insha Allah ada sinarnya" 

K. Mohon doakan aku.
*gambar pada entry kebelakangan ni dah lama tak letak. Sebab rakaman hati itu jauh lebih bermakna.

Moga Allah redha.
=')




1 comment:

  1. Assalamualaikum..
    moga Allah mudahkn urusanmu..^_^

    ReplyDelete