Followers

Wednesday, February 2, 2011

~..Sihir dan Penawarnya..~

Salamullah hi alaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

SEMOGA PENULISAN DI BAWAH INI BAKAL MEMBANTU ANDA MENGHADAPI SIHIR DAN MENERANGKAN HATI 'MEREKA' YANG MENGAMALKAN SIHIR.

JENIS-JENIS SIHIR - ( Cara Mengatasinya )

Cara Mengatasi Gejala Sihir

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.


Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Saka ( Keturunan )

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.


1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabnnya

AYAT-AYAT MENGATASI GEJALA SIHIR
1.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 1-6 )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الم | 1
ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ | 2
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ | 3
والَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ | 4
أُوْلَـئِكَ عَلَى هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ | 5
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ | 6

Alif Lam Mim (1).
Kitab Al-Qur’an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa (2).
Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan ( mengerjakan ) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3).
Dan orang beriman kepada Kitab “Al-Qur’an” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang telah diturunkan dahulu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya) (4).
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang yang berjaya (5).
Sesungguhnya orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman (6)

2.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 255-257 )
اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ | 255
لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ | 256
اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ | 257

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang tetap hidup, yang kekal selamanya mentadbirkan (sekalian makhluk). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di bumi. Tiada siapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luaskan Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya, dan Dialah yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar (255).
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah) Allah Amat Mendengar, lagi amat Mengetahui (256).
Allah Pelindung (Yang Mengawal dan Menolong) orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah tahgut, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (257).

3.) Al-Baqarah ( Surah 4: Ayat 284-286 )
لِّلَّهِ ما فِي السَّمَاواتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَإِن تُبْدُواْ مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللّهُ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ | 284
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ | 285
لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ | 286

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah) Allah Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (284).
Rasulullah telah beriman kepada apa yang yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. Mereka berkata, “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi, “Kami dengar dan kami taat.(Kami pohonkan) keampunan wahai Tuhan kami! Dan kepadamu jualah tempat kembali” (285).

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terjadi olehNya. Ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakan. Dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dan berkata), “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; Oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir”.(286)

..~Sudahlah jatuh, tertimpa tangga..tanah lak jerlus...~

Salam alaik..

*xmau gna kata ganti nama ana buleh?
nak guna aku??
suka hati derr..blog aku an..tempat aku meluahkan apa yang mulut tak buleh nak ceta..
tpi dont worry, suma aku tapis dulu sebelum aku nk menaip..

Entry kali nh mggunakan tajuk yg agak aneh..haha..mmg aneh..sbb xtahu nak ceta mcamna.. Mula2 igt nak ceta pasal outing dgn shbt2 kt kgr hari tuh..tpi bla blogwalking, buleh kata suma kwn2 aku yg ada blog, suma buat entry ceta outing..so tukar topik lah naa...

Ehh..tba2 rsa tak selesa nak guna kata gnti diri nama 'aku'..so tukar blik lahh..
Ok2....klik kt link2 bwh nh dulu..baru sambung bca ceta ana, sbb ana pya story sambungan kpada story shbt2..klau x, ceta trgantung doe..hihi..g un, sja ja..ana nak tolong promote blog kwan2 sekali sekala..(link yg ceta sai outing ana tempoh hari..)

http://aniazone.blogspot.com/2011/02/outing-with-girls.html

 http://inidiaanismahirah.blogspot.com/2011/01/best-day-ever.html

http://wwwiqa-iqa.blogspot.com/2011/01/ketawa-ceria-bahagia.html

Hmm..bla2 dpikir2..ana nak gak ceta sal outing hari tuh..tpi versi ana nh laen skit lahh..lbih kpda luahan ketidakpuasan hati yg brbuku di sanubari atas byk kejadian2 yg seperti tajuk entry tu lah..

Kisahnya..
Seperti yg dijanjikan pada hari Isnin bersamaan 31 hb Januari 2011..ana n shbt2 pakat2 nak outing skali..konon2nya outing last sebelum ana p KISAS,,+ nk meraikan bufday sorang shbt ana..

Mula2 jatuh tangga:

sbbnya, kami kat pizza hut berjam2..tpi xsamapai2 order kmi..pdahal kmi lah yg pertama smapi,.ana hangin..mleh nak ceta pnjg2..kata dah tgok blog shbt2 ana..depa an dh ceta dah..xpa2 jatuh tu secara fizikalnya bukannya sakit sgt un..buleh aih nak bgun..












Tertimpa tangga msti arh saket an:


Hmm..lpas ja kuar dri piza..singgah bazar sat, jumpa geng2 kamceng aspuri..ana n sahabat p lah boling..kat sini r ana katakan kejadian 'tertimpa tangga' jadik..mcamana ya ana luah apa yg terbuku d hati nh..sorry kpd sesapa sja yg mkn cili..tjuan ana smata2 nak luah ja apa yg ada kat dlm hati nh..sebb..hakikatnya, ana bukanlah seorang yg boleh berterus terang dgn mudah secara lisan..Mcm nilah..kita hari nh outing sesama muslimat ja an kat kgr..tpi ana heran lahh, knapa ada ja scene2 tmbahan waktu kita main boling nh??knapa kena ajnabi join kita..yeah, mmg xmenyushkan ana derr..tpi ana absolutely 100% sgt kecewa..sebab, shbt2 ana sndiri lakukan kemungkaran dpan mata ana..dahtu, knapa bila ana terserempak dgn korang..muka cuak..xkan dgn ana ja shbt2 cuak..Janji Allah cmana pulak ya?? lupa dah time tuh..Firman Allah: La Taqrabuzzina..Kita kan budak aliran agama, xkan xbuleh nak trjemah sndiri potongan ayat tuh..xpalah..meh ana tolong JANGAN HAMPIRI ZINA!!celebrate ana, sebelum ana pndh...tpi knapa korang kecewakan hati ini dgn zanbin nih.. BUKAN SETAKAT BERZINA, nak hmpiri pun pencipta kita larang..Ouhh..korang lupa yer..xpa2..ana paham korang shbt ana, kdg2 terlupa gak..sbb kita kan sama2 mnusia..tpi korang mmg xptut lahh..korang kta nak zunub lak maksudnya dosa (jama')..sama mksud dgn maksiat...sampai hati korang remukkan hati ana hari outing kita..in fact..ana xmmpu tahan air mata ana..w.pon sebenarnya ana bukan seorang yg suka nangis..bla ana tgok scene2 yg tak dperlukan jdik dpan mata ana..wah2..ana serius hlg mood..tpi nasib baiklah..ada shbt yg tenangkan ana..tidakk, kat boling tu rsa cam nk balik ja..xpa2 hayati firman Allah nh:

Ssnguhnya, kmi x akan mngubh nasib sesuatu kaum itu hgga mereka yg mngubahnya..
ar Ara'du ayt 9

Ana mmg dh selalu selitkan ayt ni dlm byk entry dh..smata2 untk ingatan bersama trmasuk ana..




hlg tnpa berita..
Tanah lak jerlus so tenggelam lah masuk dlm tanah spa yg dok atas tanah tuh:

Aduyai, mmg ini hari, hari yg byk musibah yg Allah uji untk diri ana, sebelum solat zohor ana trtinggal kat toilet..lpas2 solat, p tgok dah lesap..xpa lah mmg bukan rezeki ana untk miliki SE K770i tuh..tpi an..yg curik tu mmg agk xda otak yg genius sbb, p off bt pa tatau!!bla off tadak nak buleh on balik arh..sbb da security code..kedai un tak buleh nak buat pa2..ksian kt yg curik tuh..n ksian gak kat ana..tpi ada hkmah doe..sbb dpt gnti yg baru..lagi semartt kot..hehe..alhamdulillah!! Terima Kasih AYH!!




K larh..xbuleh tuleh byk2 dh..sbb kna on9 in silent curik2 on9 larh..hehe..

P/S: Entry nh hanya diwujudkan untuk meluahkan bukuan di qalbi..xda niat untuk ghibah apatah lgi untuk mngaibkan sesapa..jadik, ana mntk maaf klau kurang sesuai untuk dibaca..yg baik jdikan teladan yg buruk jdikan sempadan atau iktibar ya..

Sekian,
Wallahua'lam