Followers

Thursday, February 3, 2011

~..Mata?! kurniaan pencipta kepada sang hamba..~

Salam alaik..

:D
Entry kali nh psal diri ana n ada kaitan dgn hukum-hakam dalam agama kita..so, klau xmau baca un..tappa ar,,ana xrugi tapi kalau nak baca, semoga antum dapat rahmah Allah, Insya-Allah.. ana nak mulakan 'taip'an kali nih dgn maksud surah an nur ayt 30 dan 31

Ayat 30
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”


Ayat 31
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka...”


Ok2..jelas dah dgn terjemahan dua ayat yang akan  jadi kiblat utama apa benda yang ana nak terang nih.. :)


Bila ada si fulan tanya ana 'kenapa ana bila cakap dengan muslimin macam malu ja" lebih kurang mcm ni lah maksud si fulan tuh..Awesome!! ana srius nak gelak gulin2..haha..ana bukan pemalu doe..tapi, ana sedang mentarbiah diri ke arah yang terbaek..sbb..ana mmg belum cukup baik lagi, jadik, berbekalkan sedikit tarbiah yg ana dpt drpd senior2 dulu yg byk ingatkan ana tentang kalamullah, ana sedang berusaha untuk menjadi lebih baek..ana bersandarkan kepada ayat 31 tu lah..tapi perubahan memerlukan pengorbanan..Bukan ana malu pada hakikatnya..tapi nak menyuburkan biah solehah doe.. insya-Allah ana akan sentiasa update niat dlm hati nh atas segala tingkah laku, perbuatan ana kerana Allah..tpi, ana perlukan sokongan sahabiah2 gak sebagai penyokong kuat ana..jadik, ana rasakan tawaran ke BUMI WAQAFAN  nih, platform terbaek lah untuk jadik muslimah sejati..insya-Allah..itu cita-cita ana dulu kala, bila ana pasang niat nak p situ..


ada dlm surah annur jugak tntg ayt dalam gambar nih..:)


Kmudian persoalan "knapa mata ana tengok merata bla ana berurusan dn muslimin"..ada sebab yang jelas lahh..ingat ana saja2 ka..pertama, di sekolah ana..nak berinteraksi dgn ajnabi xda hijab doe..ana x salahkan sapa2..sebab masing2 ada peranan..insya-Allah sikit masa lagi, pihak pentadbiran akan buat sistem interaksi berhijab antara muslimin n muslimat cam kat KISAS nuh..sekarang ni pun, BADAR SEMEKAR semakin aktif..harap2 KQ yg jadi naibul rais untk muslimat boleh buat sesuatu untuk mnyuburkan biah solehah kat SMK Agama Arau tercinta..Ehh, ana ke laut dah..hehe..k2, ana bukan tegok merata bila berusan dgn muslimin tu sbnrnya nak mengelakkan bertentang mata doe..Cikgu Rosli cikgu sejarah ana yg minat sungguh dekat zafirah selalu kata"Dari mata turun ke hati" ..mmg btui un..sebab??ana ada pengalaman doe..waktu zaman dahulu kala zaman jahiliyah..jgn tya lbih2..xmmpu nak jawab satgi..hehe..

Yeah, Allah SWT memang dah cukup bijaksana yang tak ada makhluk boleh tandingi Dia..kita tengok bagaimana kata-kata Allah di dalam Al Quran mengenai menjaga pandangan sudah lar..Cukup HEBAT!! Subhanallah..sbbnya..bila kita jaga pandangan, permulaan kepada segala bunga-bunga ke arah ZINA boleh dielakkan..

klik untuk tumbesaran..:)


Nak contoh??
Mcmnih, kalau kita xjaga pandangan..mata dan hati saling berkait..satgi jatuh hati pulak..dah jatuh hati..hati nih banyak plak ke arah nafsu kita..kalau xberjaya kawal nafsu kita yang boleh diibaratkan bagai kuda liar, yang bukan senang nak kita tunggang..habes lahh kita..pokoknya, yang penting kita kena kembali kepada firman Allah ayat 30 n 31 dalam suran anNur..

Hmm..
Brcakap pasal 
"Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka"ana rasa ada sebab kenapa para muslimat diperintahkan sebegitu..tapi, ramai yang kata apabila berjilbab aka tudung yang menutupi dada tu hanya layak untuk orang2 alim sahaja..oh tidak!! bagi ana, dengan mengikut perintah Allah yg nih..para muslimat bukan sahaja selesa dgn busananya..bahkan, dapat menyembunyikan mahkota yakni susuk tubuh yang dimiliki..ana analogikan/ibaratkan antara barang perhiasan yang tertutup elok di dalam sarung, dgn  perhiasan yang dibiarkan nampak bentuknya tanpa sarung yang sempurna..yang mana akan mndapat pilihan si pembeli??sudah tentu yang tertutup itu.. jadi..teringat ana kepada kata2 ukhti ahibba' Siti Khadijah Mus, yg selalu mngulangi kata2 nh " Untuk mndapatkan yang soleh, kita perlu menjadi solehah sebelum mendapat yang soleh"



Tapi..bukan maksud ana..dengan bertudung menutup dada aka tudung labuh..muslimah itu dikira sbgai solehah, ttapi kita kalau buat mcam tu (bertudung labuh)..mknanya, kita ke arah mnjadi solehah..dan, xsemestinya yang bertundung labuh itu maksum..Oh tidak juga!! Mereka masih melakukan dosa sih..oh ya, bertudung labuh dalam konteks nih..jilbab aka tudung yang menutup dada..ana harap antum paham dgn maksud ayat ana..Di dalam surah al Ahzab ayat 59, Allah berfirman:

Hai Nabi,katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri kaum mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali(sebagai orang beriman), kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Al-Ahzab:59)

Dikenali sebagai orang yang beriman dan tidak diganggu..yeah, apabila tidak diganggu..maka, berkuranglah kadar kes rogol, zina, dan seangkatan dengannya..Itu point yang penting..ana harap antum boleh memahami isi kandungan ayat nih..
Sekadar itu sahaja..


Sekian..
Wallahua'lam.. 


P/S: Cadangan untuk tgok bawah sja..tak perlu tgok merata tuh.,ana rasa sangat baek..terima kasih kepada yg mencadangkan
cita2 nak brpurdah tu mmg ada..insya-Allah..kerana Allah..

~..Hadis Palsu Tentang Adab Potong Kuku..~

Salamullah hi alaikum..

Rasanya ramai yang pernah membaca tentang adab memotong kuku macam kat bawah ni, malah ramai juga yang publish di blog.. Bukan itu sahaja, dari kecik lagi,ana sering diingatkan oleh kedua ibu bapa untuk potong kuku pada hari-hari tertentu sahaja.. Tapi adakah yang kita amalkan tu bertepatan dengan sunnah? Adakah hadith yang diberikan itu sahih?



PALSU:

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

 *HADIS TERSEBUT PALSU DAN TAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH*
  
Berikut adalah jawapan dari SINI:
Berdasarkan pencarian beliau, ini yang diketemui:

من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، 

ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب
Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."


Darjat Hadith

1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net 
al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:

من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة

Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh. 

al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata:

 "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Kesimpulan:

1. Hadis Memotong kuku mengikut susunan adalah dhaif/palsu.
2. Apa yg thabit/sahih adalah memulakan dengan tangan kanan atau kaki kanan berdasarkan hadith Aisyah yg menceritakan Nabi SAW sentiasa mendahului perbuatan dgn tangan kanan, termasuk menyikat rambut.

Aisyah Ummul Mukminin beliau mengatakan,
"Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam suka mendahulukan yang kanan ketika bersuci, menyikat rambut dan memakai sandal." (HR. Bukhari dan Muslim)
3. Islam mengutamakan kebersihan untuk ummatnya. Maka memadai dengan apa yg diajarkan oleh Rasulullah SAW berkenaan kebersihan berdasarkan hadis soheh, tidak perlu menjadikan hadis dhaif hadis yg xditentukan kesahihannya sebagai hujjah untuk kita beribadah. 

P/S: Ana juga dapat tahu yang hadis " Sesiapa yg menyukai seseorang dan disimpan perasaannya daripada diketahui maka jika dia mati, maka syahidlah dia" juga hadis dhaif hadis yg xdpt diketahui kesahihannya..

 Sekian, Wallahua'lam