Followers

Saturday, December 10, 2011

Ombak Rindu~..

Salam Ukhwah..

Err..selamat solat sunat gerhana memerli mereka yang tidak mengerjakannya jika mampu..Maaf!!:)


Maaf lagi sekali..
Bukan sengaja nak mencapub atau apa..
tapi..
seperti biasa..
nak bercerita..

Hmm..Faktanya, aku merupakan salah seorang pembaca novel Ombak Rindu..Peeewit..0k2..Jangan suuz zhon dengan aku..baca dulu sampai habis..





Waktu, aku form 1 dulu..adalah seorang kawan aku yang dirahsiakan namanya bagi aku baca novel nih..dah nama pun form 1..tak tahu maksud tarbiah n xda pun tsaqafah islamiyah..

Mengisi masa lapang..

Aku baca novel tuh sebagai novel pertama aku..
Bagi aku?
Hakikatnya..x sbesuai untuk dibaca oleh mereka yang berfantasi tinggi..ehem2..paham jelah..

Ok..
baru-baru nih..seorang sahabat aku ajak aku tengok wayang cerita yang khabarnya dah mencecah RM 5.5 juta kutipannya..ramai betul yang sanggup buang duit tambah saham itu dosa..
Aku terkering (speechless) sesaat dua...walaupun dalam hati teringin lah jugak..:(

Sebabnya..

Seumur hidup aku..tak pernah aku jejak kaki ke tempat sebegitu..bukannya nak highlight aku nih suci + alim ke apa ..tapi..aku memang xminat tengok benda kotak cakap sendiri..hehe..

dan..

Aku paham..
Ada syarat kalau seorang muslim nak tengok wayang,,yang tu lah sebenarnya aku nak sampaikan post kali nih

1. menjaga waktu solat..
2. pergi bersama orang yang betul (tiada ajnabi)
3. cerita yang nak ditonton tu xda unsur lagha..

Ombak Rindu tu cmana eh??

Hehe..tepuk dada tanya iman..

Hmm..lagi satu kalau lah ditakdirkan korang // antunna dah ikut semua syarat yang aku list tuh..

Adakah korang // antunna yakin tempat aka (pawagam) tuh xda orang yang melakukan maksiat..

Meh sini..

Aku nak cerita sikit..

"Sebelum Rasulullah SAW diangkat menjadi rasul.. 
Allah telah menjaga baginda daripada perkara-perkara yang lagha.. 
Ketika Baginda SAW remaja..
terdetik di hati baginda SAW untuk pergi menyertai belia-belia lain berhibur di pesta keramaian 
(mungkin konsert kalau zaman sekarang..Wallahua'lam)..
Namun..
Allah menjaga peribadi baginda sebagai manusia terbaik sepanjang zaman..
Apabila..Baginda SAW ditidurkan..(x jadi pergi lah)
Perkara nih terjadi beberapa ke atas Baginda SAW...

Sahabat-Sahabat..all the readers..

Bukankah..
"Sesungguhnya..pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah.."
Al-Ahzab ayat 21

Hmm..
Manusia ni hakikatnya iman sentiasa turun dan naik..
Aku?!
Manusia yang selamanya hamba juga..
Takut juga..kalau-kalau aku tertewas dengan pujukan nafsu..

Kalau lah aku jadi pergi..iman meronta-ronta kata xnak..tapi hati aka nafsu kata ya..
Ni lah butirannya supaya ada yang menghalang aku..InsyaAllah..mungkin aku jua Allah halang seperti kekasihNya..Amiiin


Tempat: Jitra Mall
Masa: Wallahua'lam..
Tarikh: Sabtu minggu depan (16 hb)

Khalifah Ali Karamallahu Wajhah pernah berkata:
"Siapa yang tidak menjaga matanya..
maka 
tidak ada harga bagi hatinya"

Surah an Nur ayat 30 dan 31..
Allah berfirman supaya lelaki dan perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan..

Sekian..
Wallahua'lam
SalamSampaiSyurga
HariIniEsokDanSelamnyaKitaAdalahHamba



Thursday, December 8, 2011

Terpulang Mahu Percaya Atau Tidak.....Hakikatnya~..

Salam ukhwah.
Maaf..

Kali nih aku mahu bercakap soal politik..
kerana
aku mahu 
kita sama-sama sedar..
KITA kan generasi penghidup biah solihah 
dan 
penyambung tarbiah...
Insya Allah
:)

Cuba Teka Siapakah Pemimpin Ini...? Wajib Baca Dan Teka, Anda Tentu Terkejut !!!


Ada seorang pemimpin yang hebat telah muncul pada satu masa lalu. Berikut adalah
perkara-perkata yang menggambarkan pemimpin tersebut:

1.Dia pernah menulis buku tentang perkauman.

2.Negaranya miskin sebelum dia menukarkannya menjadi negara industri.

3.Dia mempromosi dan menjayakan pengeluaran kereta nasional pertama negara.

4.Dia gigih membina kemajuan sains dan teknologi negaranya.

5.Dia pastikan negaranya menjadi host kepada sukan-sukan hebat bertaraf dunia.

6.Stadium dan prasarana sukan yang hebat dibina bagi menjayakan hasratnya itu.

7.Dia terpaksa menghadapi serangan matawang yang teruk semasa memimpin negaranya.

8.Dia sentiasa menuduh masalah negaranya adalah hasil dari konspirasi yahudi, kuasa asing dan kuasa jahat dari luar.

9.Dia sentiasa mengkritik kebanyakan kuasa besar dunia.

10. Kebanyakan dari negara luar mengkritiknya namun banyak juga yang memujinya.

11.Dia menekan kekuatan pembangkang ke tahap paling rendah dan hampir semua media dikuasainya.

12.Dia mempunyai orang nombor dua yang berusaha kepada perubahan dan reformasi yang mencetuskan dengki dan irihati di kalangan pimpinan tertinggi sesama parti.

13.Orang no. 2 itu bersama dengannya dalam tempoh lebih kurang 17 tahun dan akhirnya disingkirkan atas tuduhan belot dan juga homoseks.
Siapakah agaknya pemimpin yang dimaksudkan di atas. Tentu ramai yang rasa dia kenal siapa yang dimaksudkan berdasarkan semua gambaran yang telah diberikan.

Pemimpin yang dimaksudkan di atas adalah Adolf Hitler, Pemimpin Nazi dari Jerman. Tentu anda terkejut dengan jawapan tersebut kerana ia ada persamaan dengan orang yang kita amat kenal. Apakah pemimpin yang seorang lagi itu mengikuti jejak langkah pemimpin yang sebelum itu dalam mengatur semua strateginya?

Korang// Antum tahu x..
Klu: Bapa Pemodenan..

Ya Allah ..
Tunjukkanlah kepada kami yang benar itu kebenaran
Berilah kekuatan untuk mendekatinya..
Dan
Yang batil itu kebatilan..
Berilah kekuatan untuk kami menjauhinya..
Amiiiin..