Followers

Wednesday, December 14, 2011

Aku..Dia dan Kita..Tarbiah?!~..5 Syarat Pergaulan

Salam ukhwah..
Selamat bermujahadah..

Dan
Kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia 2012..
Persiapkan diri anda menuju kejayaan hakiki dunia dan akhirat..



Tinggalkan sekejap soal hati kepada yang belum pasti..
Bagaimana??

Fokus lah kat pelajaran..
Aku // ana  rasa korang // antum dah tahu cara untuk berjaya..

Soal Hati..
Jagalah!! 
Teguhkan iman dalam diri..~

Dan yang paling penting TINGGALKAN HIBURAN (lagu) LAGHA..
X mampu??
Xpa..aku paham..
"Selagi dinamakan Manusia Nafsu Itu Ada"

Surah al Fajr ayat 28-30
Wahai   jiwa yang tenang
Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaku
Dan masuklah ke syurgaku

Yang paling penting untuk kita yakin dalam diri masing-masing..
Allah x pandang HASIL tetapi USAHA..

Maka berusahalah mencari redhaNya..


Baru Muqaddimah..
dan apa yang aku nak sampaikan ialah pada episod kali berkaitan TARBIAH (seperti tajuk dia atas) ialah:

5 SYARAT PERGAULAN LELAKI DAN PEREMPUAN..


Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak berurusan dengan lelaki // muslimin menurut syariat Islam..
Ramai yang dah tahu.
Ramai yang dah tahu tapi malas nak aplikasi..
Ramai yang buat-buat tak tahu..

Ketika Saiyidatina Aishah RA meyampaikan hadis kepada para sahabat..Sayidatina Aishah dah tunjuk qudwah dalam pergaulan menurut syariat Allah..

dan..

Tanggapan sekular yang cakap budak perempuan alim 'sekat terus' pergaulan dengan lelaki adalah salah sama sekali noo..

Ada cara-cara yang insyaAllah bertepatan dengan Islam (sebagai ad-Din yang lengkap)

1. Tunduk pandangan..
Dalil: Surah anNur ayat 30-31


Maksudnya..kalau ada urusan yang melibatkan lelaki dan perempuan..jaga pandangan KITA..jangan sampai memberi kesan kepada nafsu..

2.jaga ikhtilat


Jangan lah kalau ada urusan dengan lelaki//muslimin..Hampa//Antunna//Korang pergi jumpa 2 orang ja..Ajak lah orang teman..jumpa lah kat tempat yang ada ramai orang dan tak timbul fitnah..

Khalifah Umar al-Khattab
"Sesiapa yang pergi ke tempat yang menyebabkan orang bersangka buruk kepadanya..maka janganlah menyesal kalau orang berburuk sangka kepadanya"













3.sopan

Jaga adab..
Xperlulah meninggi suara//bertekak dengan lelaki (bagi perempuan begitulah juga sebaliknya)
Akhlak Islamiah anda..Tunjukkan dengan betul keranaNya

4.tutup aurat


Menurut Imam Syafie..
Bagaimana aurat ketika solat begitulah aurat kita di mana sahaja..
So what??
Pakai lah stokin..dan *stongan..di samping pakaian yang melambangkan akhlak Islamiyyah anda
*turut dikenali dengan nama handsock
Xperlu tunjuk ke'kurus'an anda dalam berpakaian..
Dan..
X bermaksud xboleh pakai cantik-cantik
Allah sukakan kecantikan..
Cuma..TUTUPLAH AURAT..

5.Jangan buat aksi 'comel'



Paham dak?
Jangan buat aksi yang membangkitkan nafsu ajnabi..HARAM menurut Buku Fiqh al Mar'ah karangan seorang pensyarah Universiti Al Azhar
Sabda Rasulullah:
"Antara orang yang duduk di neraka ialah wanita yang buka aurat  dan yang melakukan aksi ghairah sehingga golongan lelaki terangsang..Mereka itu tidak akan masuk syurga"

Sumber: daripada Ustaz Muhammad Ariff Izhar bin Muhd Kashim

Akhir kata:
Apa pendapat  korang// antum // hampa
Kalau seorang muslimin call muslimat bukan atas urusan kerja..tapi, atas urusan bertanya khabar??
Konfius aku..

Leave comment anda kalau rajin n nak berkongsi ilmu..

Sekian
SelamanyaKitaHamba
Wallahua'lam...~.







Sunday, December 11, 2011

Yeah..selagi dinamakan manusia nafsu itu ada..~

Salam ukhwah..
:)

Selamat meneruskan amal jika anda niatkan baca blog nih kerana Allah..
Jika belum..
Betulkan NIAT untuk meraih redhaNya
dan..
Selamat Membaca..



Kisahnya..
Apabila cuti sekolah bermula maka ramailah yang bersuka..
Am i right??

Tapi itu bukan point nya..

Aku?? dan anda yang tengah membaca mungkin..

Merupakan seorang pelajar Kolej Islam Sultan Sultan Alam Shah aka Bumi Waqafan yang insyaAllah pernah barokah..

Sebelum itu....
Perlu diingatkan..tidak tergamak di hati aku untuk menyanjung-nyanjung atau menjulang tinggi tempat aku ditarbiah itu..Hanya untuk dijadikan pengajaran..Insya-Allah..


Di Kolej Islam..
Aku // ana :) yakin dan percaya..anda boleh membilang dengan jari berapa kali anda TINGGAL SOLAT BERJEMAAH..terlalu sukar untuk solat bersendirian melainkan solat sunat lah kan..

Subhanallah..

Bacaan Ma'thurat..sehari dua kali..


Tazkirah..hampir setiap masa Allah izinkan kita kat KI dapat nasihat menuju redhaNya..

Subhanallah!!

Ana yakin dan percaya..


"Walau sekeras hati mana dan setidak suka mana pun anda terhadap kehidupan di KI ..anda pasti akan terasa percikan tarbiah bila cuti yang panjang selagi mana anda dinamakan HAMBA.."

Dan pointnya ialah..

Baru-baru ni sahabat aku ada tegur aku
"jaga diri Fatin..
camane pun ko tetap seorang perempuan.."

Perghh..

Sahabat yang menegur tu seorang yang biasa-biasa sahaja..Sama seperti kita..
Tetapi yang menakjubkan teguran itu masuk dalam hati aku..
Dan yang penting..anda tidak perlu tahu atas alasan apa aku ditegur..
Kita ambil ibrah..
Teguran itu kalau takde izin Allah..jadi tak?

Tak kiralah siapa anda..
Mungkin..
Bakal seorang KR (Ketua Rumah)
Bakal seorang PH (Presiden Hawa)
Bakal seorang TKU (Timb Ketua Umum)

Postscript: Aku letak nama panjang dalam ( ) sebab aku nak semua readers paham.. :)

dan siapa pun anda termasuk yang menulis ini.. 

Selagi Dinamakan Manusia Nafsu Itu Ada..

Bagaimana mengawal nafsu itu bermula bagaimana kita menjaga mata..kerana penglihatan membawa kepada zina hati..

Contoh semata-mata:

"Perghh..hensemnya abang die..x sangka die ade abang camtuh"

(Jumpa gambar abang sahabat di muka buku..) 

dan di rumah..
Kita perlu sedar satu hakikat yang apabila kita selesa..Nafsu Dimanjakan..

Contoh lagi:
Di  KI solat subuh awal waktu..bila di rumah Wallahua'lam (bukan semua..:)..sila jangan terasa jika anda tidak melakukannya)

dan di rumah

Contoh terakhir:
Liqa' Al-Mulk sebelum tidur..apakah mampu dilaksanakan tanpa hadirnya sahabat-sahabat..
Ohh..aku bersangka baik..liqa' bersama keluarga..
Tapi..jika hakikatnya tidak.........

Tidak mengapa..
Allah pandang pada usaha bukan pada hasilnya..

Dan akhir sekali..
Maaf!!

Jika entry aku tidak cukup Islamik atau apa..tapi jika masuk ke dalam hati anda..itu semua daripada Allah kerana aku selamnya seorang HAMBA..

Petikan Surah al-Ahzab ayat 35 (boleh hafal dan boleh jadi pengajaran + masuk dalam karangan BA)

Sesungguhnya..
lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang muslim..mu'min..yang tetap dalam ketaatannya..yang benar..yang sabar..yang khusyuk..yang bersedekah..yang berpuasa..yang memelihara kehormatan..yang banyak menyebut Allah..
Allah menyediakan keampunan kepada mereka dan pahala yang besar..

Wallahua'lam..
SalamSayangSeindahAlam..

Pesanan terakhir..
tengok bawah