Followers

Wednesday, December 21, 2011

Tak Perlu Kata Apa-Apa

Salam ukhwah..

Err..
Selama aku hidup..
Aku tertanya-tanya apa sumbangan aku untuk famili aku..sekolah..saudara-saudara seaqidah aku..
Bila dihitung-hitung..terkelu aku bila memikirkan sumbangan terhadap agama KITA..

dan


ANDA PULA BAGAIMANA??

Dan seperti biasa..
Hari ini // saat ini aku nak berkongsi satu sketsa kehidupan..

BALUT atau TUTUP AURAT..




*perkongsian dari Remaja Islam ke remaa islam yg lain

Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.

Maka pilihlah TUTUP. :-)
#shared from someone awesome.. XD







Oh sahabat-sahabat..
Mu pahe dop ape aku kabo nih..

Maksudnya..
Berhati-hatilah dalam berfesyen..

Sabarlah..
Biar kita tidak dipandang..

kerana

Saiyidatina Aisyah RA berkata:

"Wanita yang baik ialah wanita yang tidak memandang dan tidak juga DIPANDANG"

Postscript: Aku dah semakin jarang update blog nih..tapi selagi ada mesej yang berguna dikongsi..InsyaAllah semak 'dashboard' anda..

Sekian..
SalamSampaiSyurga
dan
BersamaMeraihRedha

Wallahua'lam..

Friday, December 16, 2011

Dan..~

Dengan nama Allah Yang Menciptakan..
Alhamdulillah..kita masih diberi peluang untuk menjadi seorang yang berjaya dalam SPM 11 A+ dengan usaha kita..

Janganlah terus-terusan dengan kesedihan Exam Final Year!!~ :) Senyum sikit..

Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 139
''Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu beriman


Selawat dan salam ke atas junjungan habibur rahman SAW kerana atas perjuangan Baginda dan para sahabat..hari ini..esok dan selamanya kita bergelar seorang muslim yang insyaAllah mukmin dan akhirnya kita perlu berlumba-lumba ke arah status muttaqin..

Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat 13..
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang bertaqwa"



Ok..
Apa khabar warga KI..(rindu x tazkirah)??
Aku??~serius rindu

Apa khabar readers??(pengikut aku yang setia walaupun cuma silent follower)
Xpa..

Berbalik kepada tajuk..

Dan..~

Dan sekarang..
Kita hampir meninggalkan 2012..

Terlaksanakah sudah persoalan pokok azam-azam tahun ini..??
(Fikir dan nilai diri kita)

Dan bagi warga Kolej Islam..
Masing-masing akan ada kedudukan masing-masing

Mampukah ana//Antunna dan KITA menjadi seorang yang amanah pada kedudukan masing-masing..??
(analisa siapa kita)

Dan..
Apakah kedudukan kita dalam sesuatu organisasi(..tak kisah lah organisasi apa saja..)..mampu beri sumbangan kepada orang lain dan agama..

Dan..
Aku hampir menangis apabila tahu satu kisah

Kisahnya..
Seseorang yang aku namakan 'bintang' apabila menerima sesuatu kedudukan dalam sesuatu organisasi..Berusaha keras untuk melaksanakan amanah dalam kedudukannya tetapi sayang seribu kali sayang apabila sahabatnya yang pernah tidur sekatil merasai 'bintang' seolah-olah tidak sedikit pun membantu sahabatnya untuk menuju ke arah kebaikan.
Ibaratnya.. anak di rumah dibiarkan kera di hutan disusukan..
Akhirnya..yang dikejar tak dapat..yang dikendong berciciran..

Faham x..
Apa maksud aku//ana
Maksudnya: Siapa pun kita dan di tahap mana sekalipun kedudukan kita dalam sesuatu organisasi..Jadilah seorang yang dekat di hati manusia lain..kerana itu satu bonus buat kita..

Di samping mendapat kebahagiaan di dunia..mana lah tahu..orang-orang sekeliling kita mendoakan kebaikan dan kejayaan kita di dunia dan akhirat...

Aku//ana tidak berniat untuk menjatuhkan semangat korang//antunna//hampa suma yang berkobar-kobar untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing tahun depan..

tapi....

Contohilah dakwah dan kepimpinan kekasih Allah..
Yang tidak membeza-bezakan layanan terhadap umat..walau siapa dan di taraf mana umatnya..

Dan~..
Apabila ada sahabat kita yang tiada berkedudukan..
Jangan sesekali kita menghukum sahabat itu tidak sempurna-punya macam kelemahan..

Dan~..
..Akhirnya..sahabat kita punya hati yang indah daripada kita
..yang sentiasa berusaha meraih redhaNya

Dan~..
..Pada ketika itu..
Di mana pula kedudukan kita di mata Allah??..



Dan~..
diri ini juga punya se'infinity' macam keburukan dan kelemahan..
tetapi..
hati ini masih ingin mengajak hati-hati di sana supaya memahami erti sebuah kehidupan yang disulami dengan keredhaan Allah..







Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman
Ad Dzariyat ayat 55..

Sekian..
Aku minta maaf sekiranya post ini tidaklah seperti apa yang di'expect' kan..
kerana aku punya kelemahan..
YangBaik Datangnya dari ALLAH SWT dan YangLemah Itu Datangnya Dari Diri Ini tetapi disandarankan dengan izin Allah..

KitaSelamanya HAMBA
BersamaMeraihRedha
Wallahua'lam..