Followers

Monday, March 4, 2013

Pengalaman Untuk Renungan

Basikal RXZ biru hadiah anugerah tokoh murid darjah enam tujuh tahun lalu ditolak perlahan ke luar garaj. Buat kali pertama dalam tempoh lima tahun. Basikal usang itu aku kayuh perlahan lahan. Teruja. Sedikit kekok. Selama ini. Basikal hadiah tokoh murid itu cuma aku pandang sebelah mata.
Seronok juga hidup sebagai lepasan SPM. Tiada perkara belajar perlu aku fikirkan. Hidup bersama tempoh kelapangan yang amat sangat. Syukurlah. Zaman ketika SPM. Aku dihimpit dengan hambatan masa yang tak pernah senang tengok aku lapang. Maka sewajarnyalah. Aku gunakan cuti tiga bulan ini dengan perkara perkara yang aku tak dapat buat semasa tempoh menjadi pelajar sekolah.
Catatan ini cumalah pengalaman untuk renungan. (:
Dua bulan aku jadi kuli di kedai buku. Makan gaji. Walaweh. Seronok juga. Tiba hari Khamis aku punya wang sendiri. Dunia ini aku yang punya. Tapi. Tak lama. Penat!  Hidup sebagai seorang robot. Berkejarkejaran di kedai India Muslim. Hadaf utama bekerja mahu cedok ilmu dan baca buku sebanyaknya. Tapi. Malang sebagai kuli. Tak tercapai hadaf. Masakan baca suratkhabar pun jenuh sembunyi di bawah rak buku. Penat usah dikira. Hakikat. Pekerja bawahan.
Maka benarlah firman Allah:
"Allah mengangkat darjat orang yang berilmu dan beriman dengan beberapa darjat" [Al Mujadalah ayat 11]. Yalah. Semakin tinggi nilai ilmu seseorang. Semakin tinggi jawatan. Nampak? ;D 
Kemudian. Satu demi satu undangan aku terima menjadi kakaksipenunjukjalan[baca: fasilitator]  untuk bermacam program. Segala yang pernah aku pelajari di Bumi Kolej Islam aku kongsi untuk generasi Khairul Ummah. Bermula daripada Kem Bina Sahsiah dan Fardhu A'in. Nadwah Qiyadiy Agama Arau hinggalah Nadwah Khaira Ummah. Semua buat aku belajar. Hidup ini penuh ujian. Pengorbanan. Pengalaman. Keinsafan perlu jadi teman. Insaf bila mana Allah bagi peluang untuk melihat dunia sebenarnya.
Ukhwah itu bukan terletak pada meriahnya perbualan [Imam Ghazali]
Selama berprogram. Bermasyarakat dengan pelbagai lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan. Buat aku sedari. Manisnya ukhwah. Pabila setiap satu di antara kita mampu cipta fikrah Islamiyah. Maka cukuplah dengan fikrah itu. Kita mampu bersatu. Berprogram. Bersambungan tali kasih sayang[baca; silaturahim]. Teruja aku bila jumpa jiran sebaya dengan aku yang tak pernah sama sekolah semenjak sekolah rendah. Hakikatnya. Disebabkan. Hidup penuh dengan kejaran duniawi. Hinggakan jiran selang duaploh rumah pun tak sempat aku kenali. Walaweh. Jiran aku itu tahu hampir semua tentang aku. Terkejut. Pabila biodata diriku mampu dia sebut satu persatu. Hinggakan aku terlelap ketika menunggu giliran ujian berkomputer pun masih dia ingat. Masha Allah. Tajam betul ingatan.
Gerakan yang menghidupkan.
Oh ya. Sekali lagi. Kasih sayang Allah itu luas. Maha Suci Allah. Allah berikan aku sedikit kesempatan sekali lagi untuk bergabung dalam jamaah. Maka. Beruntung dan Alhamdulillah. Dipertemukan dengan KakMira di Nadwah Khaira Ummah. Juga fasi fasi lain. Maka. Aku dapat terus belajar dan terperosok semakin jauh ke dalam ke dalam gerabak tarbiyah. Moga Allah redha. [nanti sambung cerita tentang ini. Inshaa Allah] 

Terpana sebentar.
"Demi Allah! Sekiranya seseorang itu diberikan hidayah kerana [usaha dakwah] mu, maka itu lebih baik bagimu daripada kamu memiliki unta merah."
[Hadith Riwayat Muslim] 
credit: terliur aku tengok ;D


Unta merah di sini dianologikan sebagai Ferrari merah. Selari dengan zaman.
Inilah masanya. Mencuba untuk menarik [menolak dah tak jalan] ahli keluarga kita untuk sama masuk ke dalam gerabak tarbiyah.



"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham."

Adakah hadith ini menerangkan asal-usul logam?
Atau hadith ini menerangkan logam itu apa?

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Kalau 'jahil' nilai itu maka akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, jika Islam maka nilai itu akan menyokong Islam. Mengambil contoh kisah Saidina Umar Al-Khattab. Semasa di zaman Jahiliyyahnya, beliau merupakan orang yang paling kuat menentang Islam. Namun, apabila beliau menjadi Islam, beliau lah yang paling kuat mempertahan dan memperjuangkan Islam.

Jadi.
Antara pengajaran melalui hadith ini.
Kita jangan sekali-kali memandang rendah orang lain.
Kita patut sentiasa merendah diri dengan sesiapa pun. Sesungguhnya kita adalah hambaNya yang hina selalu melakukan kesilapan. Anggaplah kanak-kanak itu lebih baik daripada kita. Dia mungkin tak memiliki ilmu dan sebagainya tetapi kanak-kanak tu suci daripada dosa nak bandingkan dengan kita. 
Anggaplah orang jahat tu lebih baik daripada kita, mungkin dia tidak mengetahui kebenaran dan apabila dia mengetahui kebenaran, kemungkinan dia akan menjadi lebih baik daripada kita.

Sekian.

#hidupuntukmensyukuri
fatiniismadi
040313
1933

Friday, March 1, 2013

Khas: "The Mega Sharing Project"

Buat The Duraluminors.
Yang jauh di mata.
Dalam doa tetap ada. Inshaa Allah (:

بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah. Lapangkanlah bagiku lidahku.
Permudahkanlah setiap urusanku.
Leraikanlah kekakuan pada lidahku.
Moga Moga mereka memahami kata kataku.
اللهم صلى على محمد

Susulan daripada kasih sayang yang pernah kita ukir dalam hati para ahli Dura.
Moga sampai syurga kasih sayang ini.
Tatkala  Tsauban yang begitu derita merindu pada Baginda junjungan mulia Habiburrahman SAW. Maka. Sabda Baginda kepada Tsauban [untuk renungan]: " Kamu akan berada di syurga dengan orang yang kamu cinta"
Cetusan ilham cikkakak ahli setia The Duraluminors : kakhusnanajihahzamalolaily


Berterima kasih kita,
Kepada Mark Zuckerberg.

Atas kepanjangan akal,
Yang Allah beri padanya.

Dapat lah daku,
Enti-enti semua.

Yang berada di, 
Sayap Utara,
Timur,
Selatan,
Mahupun Barat.

Menyalurkan cinta kita-kita,
Di atas fb .

Ya ukhti seTuhanku,
Ingin sekali aku mengajak,
Enti-enti semua.


Untuk ,
Melebatkan lagi cinta kitakita .

Daku,
Juga enti enti semua,
Ku Kira telah,
Melalui cuti kitakita,
Dengan lazatnya.

Bukan?

Daku mengajak,
Entienti,
Di manapun jua,
Untuk bersama berkongsi cinta.

Uhhukk.
Berkongsi peng-alam-an.
Dan fotofoto panass.

Apa jua,

Mungkin tentang,

Nur Atiqah Mohd Razin Dan adikadik usrahnya.
AQilah Yahya Dan bajubaju yg dijahitnya.
Manal Abdullah Dan hafalannya.
Fahimah Yusof Dan Ermalina Zakaria dgn tips JPJnya.
Khairul Zahrul dgn kisah perjuangannya,
Fatin Fatini Binti Ismadi dgn pengalamannya,
Nur Amirah Yahya
Dan Nur Azmina SebelasAplus,
Mungkin dgn resepi masakan atau Petua mendidik anakanak .
Syakirah Rahiman Dan syuhada fauzi,
Mungkin Ada Petua Berbeza?
Hazirah Sharifudin,
Ingin berkongsi nahu Dan sorof?

Aiwah.
Sangat dialualukan sekali.


Wahai ukhti seDuraku,
Tiada lah hasad di hati kita,

Andai pengalaman cuti kita,
Biasabiasa Aja.

Bukan,
Sperti ukhti ukhti lain,
Yang boleh berprogram,
Berkerjaya,
Berkelas.

Kuwujudkan ini,
Agar daku,
Juga enti enti.

Dapat berkongsi.
Ilmu,
Amal
Dan cinta.

Projek ini,
Kita beri nama,
"The Mega Sharing Project".

Gambar sebelum ini,
Juga gambar di bawah itu,
Nota daku,
Dalam kelas bahasa,
Yg daku sertai.

Sedikit,
Tapi tempias manfaatnya,
Moga sampai.

Maaf di atas tu,
Hanya mampu sebut beberapa nama.

Urghh,
Itu sungguh,
Kelemahan daku.

Tayyib,

Kita, yakni,
Daku Dan enti enti,
Bercitakan Syurga bukan?

Sambutlah tanganku,
*Nah*
Kita lancarkan,
Projek syurga ini.

>>
Dipersilakan,
Diva Dura kita,
Untuk menrunkan 
Tandatangannya 

Fatini?
Ehemm.

Hwwaitingg!
Bismillah ♥

Bersama melebatkan cinta.
*hugs*
Berterima kasih kita,
Kepada Mark Zuckerberg.

Atas kepanjangan akal,
Yang Allah beri padanya.

Dapat lah daku,
Enti-enti semua.

Yang berada di, 
Sayap Utara,
Timur,
Selatan,
Mahupun Barat.

Menyalurkan cinta kita-kita,
Di atas fb .

Ya ukhti seTuhanku,
Ingin sekali aku mengajak,
Enti-enti semua.


Untuk ,
Melebatkan lagi cinta kitakita .

Daku,
Juga enti enti semua,
Ku Kira telah,
Melalui cuti kitakita,
Dengan lazatnya.

Bukan?

Daku mengajak,
Entienti,
Di manapun jua,
Untuk bersama berkongsi cinta.

Uhhukk.
Berkongsi peng-alam-an.
Dan fotofoto panass.

Apa jua,

Mungkin tentang,

@[100002480953156:2048:Nur Atiqah Mohd Razin] Dan adikadik usrahnya.
@[100001912013449:2048:AQilah Yahya] Dan bajubaju yg dijahitnya.
@[100003160462289:2048:Manal Abdullah] Dan hafalannya.
@[100000856043588:2048:Fahimah Yusof] Dan @[100001218915273:2048:Ermalina Zakaria] dgn tips JPJnya.
@[100004868523176:2048:Khairul Zahrul] dgn kisah perjuangannya,
@[1518287022:2048:Fatin Fatini Binti Ismadi] dgn pengalamannya,
 @[100001031461750:2048:Nur Amirah Yahya]
Dan @[100000017237067:2048:Nur Azmina SebelasAplus],
Mungkin dgn resepi masakan atau Petua mendidik anakanak .
@[100001178289052:2048:Syakirah Rahiman] Dan syuhada  fauzi,
Mungkin Ada Petua Berbeza?
Hazirah Sharifudin,
Ingin berkongsi nahu Dan sorof?

Aiwah.
Sangat dialualukan sekali.


Wahai ukhti seDuraku,
Tiada lah hasad di hati kita,

Andai pengalaman cuti kita,
Biasabiasa Aja.

Bukan,
Sperti ukhti ukhti lain,
Yang boleh berprogram,
Berkerjaya,
Berkelas.

Kuwujudkan ini,
Agar daku,
Juga enti enti.

Dapat berkongsi.
Ilmu,
Amal
Dan cinta.

Projek ini,
Kita beri nama,
"The Mega Sharing Project".

Gambar sebelum ini,
Juga gambar di bawah itu,
Nota daku,
Dalam kelas bahasa,
Yg daku sertai.

Sedikit,
Tapi tempias manfaatnya,
Moga sampai.

Maaf di atas tu,
Hanya mampu sebut beberapa nama.

Urghh,
Itu sungguh,
Kelemahan daku.

Tayyib,

Kita, yakni,
Daku Dan enti enti,
Bercitakan Syurga bukan?

Sambutlah tanganku,
*Nah*
Kita lancarkan,
Projek syurga ini.

>>
Dipersilakan,
Diva Dura kita,
Untuk menrunkan 
Tandatangannya 

Fatini?
Ehemm.

Hwwaitingg!
Bismillah <3

Bersama melebatkan cinta.
*hugs*














Dengan lafaz
بسم الله الرحمن الرحيم

"The Mega Sharing Project"

Wahai bakal penghuni syurga.
Moga dalam dakapan kasih sayang Allah hendaknya. In shaa Allah.

Yang ingin kukongsi:
Pengalamanku biasa biasa saja.
Err. Diva Dura?! Mwehehehe.. Sungguh aku juga rindu berdura.
Membasahkan diri. Juga hati dengan ilmu duniawi yang penuh tersulam bersama ilmu ukhrawi.
Sungguh aku rindu. Serindu rindunya.

Tapi hakikat pertemuan pasti ada perpisahan.
Bahkan. Dalam Al Quran Telah Allah janjikan berulang kali
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. 
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh." (Surah an-Nisaa' ayat 78)
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."(Surah al-A'raf ayat 34) (Surah an-Nahl ayat 61) 
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." ( Surah Ali Imran ayat 185 ) 
Itu yang pasti!

Apa yang boleh dikongsikan [Moga ibrah buat kita bersama. Inshaa Allah] :)
Menjadi lepasan SPM. Rasanya. Tak perlu dihuraikan panjang lebar. Sudah sedia maklum. Terlalu banyak mehnah dan tribulasi. Mengharunginya perlu seribu satu kekuatan dan jati diri. Rasanya. Sengaja. Dicatat segala entry yang berkisar dengan kehidupan seorang lepasan SPM. Buat kita rasa dekat. i. Di Sini ;D Moga setiap yang tercatat di blog ini. Allah ganjarkan dengan sebaik baik ganjaran. Amiiiin.
Kata Ustazah Noriah Yusoh:
Anak muda macam kita. Sewajibnya. Menjadi seperti air yang mengalir. Beraktiviti. Berprogram. Atau dengan kata lain. Kita perlu melakukan sesuatu untuk melihat dunia sekeliling. Biarlah. Apapun yang kita lakukan. Berkerja. Berkelas. Berkerjaya.Berprogram Dan sebagainya lah kan. Biarlah. Yang penting. Hadaf kita. Bagaimana kita bergaul sesama manusia.? Bagaimana kita mengambil ibrah daripada apa jua pengalaman kita? 
Wahai jiwa yang tenang. ;D
Air mengalir vs Air bertakung.
Air yang bertakung ibaratnya seseorang yang terbunuh dengan banyaknya masa kosong. Tidak terisi dengan program yang membina jiwa. Kata Imam Hassan al Banna: "Masa lapang yang tidak terisi itu pembunuh anak muda".
Air bertakung. Berkeladak kot!
credit ;D
Kata seorang ekstremis [bukan anda].
Air bertakung itu. Orang yang berhabis masa dengan muka buku. Laman pengicau. Belog belog. Lantas. Dia lupa terus kehidupan bersosial dengan masyarakat sekeliling. Dalam bahasa yang mudahnya: kera sumbang.
Jadilah air yang mengalir.
Walau apa pun yang anda lakukan. Jika anda rasa anda kekosongan. Maka luangkanlah masa senggangmu dengan program tarbawi. Dan cadanganku: Duduklah dalam jamaah. klik sini. Alhamdulillah. superduper awesome. Tu yang berhenti kerja. ;D Pabila berada dalam jamaah. Maka sukarlah syaitonirrojim melakukan gerak kerja menghasut manusia.
credit: Beginilah gambaran anak muda yang bagai air yang mengalir.
Masa terurus dengan baik. Terisi dengan pelbagai aktiviti yang membina diri.

Okai.
Jom jadi air yang mengalir. Inshaa Allah.
Bersama bekalan ISTIQAMAH dalam beramal.

#berlarikembalipadaNya
fatiniismadi
010313
20:19