Followers

Saturday, October 26, 2013

Memaknakan Bahagia?!

Bismillah.
Allahumma solli a'la muhammad

"Fatin, acaner kau boleh rapat dengan kakak X?"

"Fatin, asal kau ngan husna hehari gaduh. Tapi so sweet arh korang"

"Fatini, kau dengan Wani memang rapat eh masa sekolah"

Hani mana eh?
Ramai gilaaa Wani kat KI?

"Alaaa. Hani yang bla bla bla bla bla"

Oh. Memang rapat satu batch laaa.

"Takdalaaa. Cara dia cakap macam korang besprengg gitu"

K. Speechless.

Bismillah.

Dalam kehidupan ni
Kita seringkali dihadirkan Allah dengan manusia-manusia yang menjadi ujian buat kita.

Apabila berjauhan dengan keluarga.
Sudah pasti sahabat-sahabat seperjuangan yang akan menjadi teman berkongsi suka duka, senda gurau dan bersama menuju Yang Esa. Akrab mengenali Rabbul Jalil dengan keakraban yang nyata.

"Aku kira itulah saat berukhuwwah yang paling bahagia dan berjaya. Pabila kita mampu berpimpinan tangan dalam beramal soleh untuk sesama ke sorga. Saling mengingatkan dan menasihati lantaran menghayati kalam Allah (103:3) Itulah orang-orang yang beruntung.

Pernah tak mengalami situasi-situasi yang biasa, tetapi apabila diadun dengan hati. Situasi biasa-biasa jadi momen bahagia?

Err. Macam kalau kita keluar dengan orang yang kita senang dengannya meski keluar berjalan ke pasar sesama. Tapi jadi perkara yang cukup bahagia.

Dan perkara ini tidak akan berlaku jika kita tidak membuka hati untuk sahabat-sahabat yang ada sekeliling kita.

Buka hati kita. 
Buka hati.

Konsep dia meraikan lebihnya sahabat kita.
Dan terima kelemahan seadanya.

Hidup saling melengkapi.
AlHujurat:10

****

"Hubungan bersama manusia dipasakkan dengan kalimah 
لا اله الا الله محمد رسول الله
Andai ada kekusutan dalam perhubungan sesama manusia (ukhuwwah). Maka semaklah hubungan kita dengan Allah"





Kata tuju aku!
Untuk ingatan aku khususnya sebelum kamu.

Secara kesimpulan mudah.
"Sahabat kita ujian untuk kita dan kita juga ujian buat mereka"

Tergerak untuk menulis entry rentetan program Jalinan Kasih (aku bagi nama sendiri) di Beiwai yang sungguh meng'heartshot'kan hati.

Betapa konsep ukhuwwah dan kasih sayang sangat ditekankan.
Masakan tidak. Bersama kita hidup bak keluarga. 



Kata aku:
"Sila bergaul dengan sahabatmu dengan hati dan akhlakmu. Bukan dengan fizikal dan egomu"

Jika tidak. Rasakanlah seperti kamu mereka sisihkan (padahal tak pun)

K.
Moga Allah redha.


Thursday, October 24, 2013

BFSU: Apakah semua itu propa? Pfffttttt.

Amaran:
Post yang insha allah akan menyusul episod lain sesudah ini.

"Asal kau nangis weh"
"Siriusli. Aku stress belajar bahasa Cina weh. Senior pernah cakap cam tadika belajar masa foundation. Asal aku stress sangat ni "
Hrmmm.
Aku kira pada mulanya. Cuma aku yang rasa terkesan dan sedikit tertekan. Bila mana susah bebenor nak buat dictation pin yin dengan tones bagai. Err. Rasa macam telinga aku ada masalah. Tapi takdalaaa sampai nak nangis bagai. Dedulu. Puas dah nangis dalam kelas limakosongsatu. Aku pernah tanya laoshi (baca: cikgu) rentetan masalah yang aku alami. Dan beliau kata " You have to take a longer time" Tenang terasa bila laoshi dah kata cemtu.

Dia yang jadi stghesss mungkin sebab ada classmate kitorang yang masha allah laju bebenor dapat apa yang laoshi ajar. Hah. Sapa tak stghesss aku tak tahu. Taff gila kot orang tu.

Bila mana. Dah semakin ramai stghess belajar. Dia bukan apa. Hilang manis belajar,,.
Seingat aku. Senior cakap masa foundation ni relaks. Bila dah jadi camni relaks kat mana weh? Hrmmmmmmm.
Ok.
Aku kira mungkin antara asbab benda ni terjadi.
Keringnya hati dalam meletakkan pengharapan pada Ilahi.
Aku kata tuju aku.