Followers

Tuesday, December 25, 2012

Batch 58: Kolej Islam Sultan Alam Shah Sekolah Bertabiyah Tinggi :)


بسم الله
Alhamdulillah
Wasallahua'la Muhammad Wa'Ala Ali Muhammad

Inshaa Allah.. :)
Post kali ini khusus aku tujukan buat penyambung tarbiyah dan bakal helang Batch 58 yang serius aku sayang kerana Allah ..


Kak Ummu Khair punya gambar :)




Tajuk:  Bersediakah adikadik jadi Fivers?
Description: LekLek lah. Inshaa Allah, Allah mudahkan (:
Bumi Tarbiyah.. Syukurilah dan Hargailah detikdetik di situ :)


Seperti biasa, aku apabila menulis..suka berkongsi pengalaman..
Jadi ikut pengalaman errr, akak yang biasabiasa nih..

#Moge BERGUNA..

Let's begin our journey of the story with..

بسم الله
Bahagian Satu:
Hari pertama ---> Ujian Mac

Beginilah, apa yang harus adikadik buat ialah sebaik sahaja keluar je pintu rumah menuju Bumi Tarbiyah, ambil mood untuk mulakan belajar,belajar dan belajar. Kebiasaanya (cerita benar !) ramai yang pada 31 Disember 2012 nanti, akan merungut-rungut soal cuti. Tak puas. Tak best dan banyak lah lagi. Semestinya, terlalu banyak cerita yang nak dikongsi bukan? Alolololoor..tanak ngaku lak? Akak makan garam DM tu lagi banyak daripada korang. Waktu hari first ni lah yang DM akan jadi super duper bising tahap kesepuluh. Maka jenuhlah, Pra Ketua Pelajar yang akan menenangkan adikadik.. Support ar kawankawan err, sahabat-sahabat (kat Kolej Islam, takde lagi istilah kawan, semuanya SAHABAT: Kedudukan tinggi dalam berteman aka berukhwah) yang ada jawatan. Ya Rabbi, diorang tuh nampak je bajet tough, tapi diorang manusia gak yang Allah anugerahkan perasaan..

Pointnya: Support sahabatsahabt korang yang berjawatan.. Jangan lah dok buat tak puas hati ke ape. Samasama sumbang untuk kekalkan biah solihah.. AdikAdik kan nak sambung legasi tarbiyah untuk Form 4 baru kan? :)
Sambung..
Belajar tu kena sentiasa ingat, even adikadik buat count down SPM..Rase cam lama lagi, tapi ikut pengalaman akak, xde nye lama sangat pun. Serius, SEKEJAP SANGAT. Bila tak faham, terus tanya cikgu. Lagi best, kalau adikadik pergi ramairamai tanya cikgu. Tunjukkan semangat nak belajar tuh dari awal tahun.

Yang penting: Fahamkan konsep. Takyah belajar kalau tak paham konsep setiap subjek terutama silibus Form 4.Waktu adikadik Form 5, serius nih, kalau tak paham yang Form *bagi subjek kritikal seperti Bio, Chemist, Physics n AddMate. BUANG MASA !! Serius, TAK TIPU. Yang utama, clearkan KONSEP, BELAJAR KERANA ALLAH. NAK JULANG NAMA ISLAM SETINGGINYA (:

Hmmm..
Awal-awal tahun ni biasanya yang berjawatan akan sibuk dengan tugasan mereka. Jadi, sebagai sahabat yang kurang sibuk tu, tolongtolong lah basuh baju sahabat, even dengan mesin pun jadi lah, ceriakan mereka. Frankly speaking, yang berjawatan bagaibagai tuh *terusterang: KP, Exco, Perkisas err, yang nih yang biasa super extreme busy, sangat memerlukan support adikadik..

Simptom diorang memang perlu di'support' (ikut pengalaman): Mereka *skema lak. akan lebih suka menyendiri dan buat kerja sorangsorang sebaik selesai buat tugasan sebagai KP, Exco dsbgnya. Entertain lah diorang dengan tunjukkan betapa care nya adikadik kat mereka *sekali lagi skema..:) 
Selain tu, boleh juga adikadik, praktikkan amalan belajar berjamaah dengan sahabatsahabat yang adik selesa. Bapak lah gempak kalau mulemule sekolah pun dah mula buat usrah akademik..Salute akak kat adikadik.. Err, ni cabaran nih! Sambutlah !


Selesai.

Bahagian Dua:
Selepas ujian Mac ---> Peperiksaan Pertengahan Tahun PPT


Mahu tahu rahsia?
Akak bocorkan lah ye..

Ada dua rahsia.

Pertama: Result PPT dah boleh gune untuk apply scholar IPTS macam Taylor College, Sunway College dsbgnya. Syarat minimum 6A campurcampur (A+.A.A-). Pastu ada yang kena buat essay untuk apply scholar diorang. Jadi, yang terer BI tu advanced ar untuk adikadik. But, it does not mean, yang rase tak terer tu tak leh apply. Main redah je lah, adikadik oii. Then, put your tawakkal after efforts at the highest position. Inshaa Allah. May Allah ease :)

Kedua: Soalan untuk PPT ni, biasenye cikgucikgu kita yang super duper dedikasi yang cipta sendiri. Means? No bocorbocor like SBP punye soalan lah kan? Ececececee..tanak ngaku lak. Ingat akak tak tahu. Kan dah kata akak punya garam DM tu lagi banyak akak makan compared dengan adikadik. Tapi, akak paham. bocor pun, belum tentu boleh jawab kan? haha..basic lah tuh..peace !!
Rahsianya untuk diberitahu, soalansoalan tuh biasanya cikgu guna soalan past years sebab itu soalan standard.

Pointnya: Jadi, jangan dah habis trial baru  nak usha soalan SPM past years. Mula dari hari pertama sekolah lagi, mula buat. Sejak akak Ting 4 lagi, cikgucikgu untuk hampir semua subjek buat macam tu,
Bahagian Tiga:

Selepas PPT ---> Trial SBP



Tahun 2012, tiada soalan percubaan SPM untuk negeri Selangor. Means, tahun kitorang trial cuma sekali yakni SBP punya trial. Kalau tahuntahun before nih, senior kita ambil trial for twice.. Ada dua peluang lah kan? Tapi, tidak untuk Batch 57..

Yang perlu adikadik tahu, lepas je PPT, kalau boleh gandagandakan usaha untuk sentiasa segar dalam kelas. Serius, nanti terlalu banyak program akademik untuk adikadik. Time tuh, memang stress ! Mana nak jaga adikadik form 4 yang belum tahu attitude diorang macam mana. Mana nak kejar akademik. Yang terbaik, BANYAKKAN MENGADU PADA ALLAH ! Sesibuk mana pun adikadik, macam biasa tak perlu diberitahu, spend time for Him. Instead of call parents adikadik, Call Him ! Tak perlu wayar pun kan?  Free lagi :) Yang biasa akak tengok: Dhuha sumber kekuatan KISASians #muslim sebenarnya! .. Qiam.. Hujung minggu tuh, take time after Zuhur n Asar untuk mengadu #berdoa.. Lagi, tolong bersihkan toilet n kawasankawasan lain dengan niat Allah juga akan bersihkan hati kita daripada sifat mazmumah. dan errr, adikadik boleh buat apa saja amal soleh yang istiqamah yang adik rasa mampu istiqamah dengannya. Biar sedikit asal istiqamah.. Contoh: adikadik tak pernah tak senyum n bagi salam bile jumpe sume orang. Dapat?

Seperi biasa: Manfaatkan time adikadik untuk seimbang ruh dan jasad. Tipu lah kalau kata takda yang nak rebel *memberontak tapi chills lah. Normal lah tuh. Jalani hidup macam biasa.

Pointnya: Kita kalau nak dekat dengan exam maka fenomena seperti yang K. Husna Najihah katakan ini 
"Musim exam, pukul 3.00 dorm dah bercahaya, ramai dah bangun qiam , musolla pun dah terang , ramai dah start study . Lepas maghrib, ramai yg masih sujud dalamdalam . doa penuh khusyuk, zikir panjangpanjang .semoga kita semua tak buat buat lupa, allah kita sekarang adalah allah yang sama macam waktu kita tengah exam .
Pointnya: Jangan tetapkan musim memintaminta kerana nikmat Allah kita dapat setiap masa :'(
Selesai.

Bahagian Empat:

Selepas Trial---> Habis SPM

Inilah saatsaat genting di Bumi Tarbiyah itu.
Memang saat tuh, macammacam akan terjadi. Apa? Wallahua'lam
Ujian ikut kemampuan..
Jangan risau.
Just follow the flow je.

Pengalaman akak dan kebanyakan sahabat : Waktu ni lah, ukhwah teruji dengan benda yang bagaibagai. Tapi, yang ni lah mematangkan kita. Contoh: Errr..ade rezeki adikadik akan dapat rasa.....:)

Waktu ni juga, banyak interview akan berlaku. Contoh: Khazanah, Sime Darby, Nasional, Darul Quran.
Yamg pasang anganangan tu, adikadik..cuma perlu letakkan keyakinan dengan usaha lah kan. Keyakinan yang ALLAH LAH SEBAIKBAIK PERANCANG..

Firman Allah dalam Surah al Hadid ayat 22-23

Tiada sesuatu kesusahan ditimpakan di bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Luf Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. [57:22]




(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. [57:23]


Dan lagi..
Yang hampir habis: Adikadik akan hadapi SPM maka hadapilah dengan tenang dan jangan lupa buat kerjakerja amal soleh membantu agama Allah SWT seperti solat tepat pada waktu, turun tazkirah, join aktiviti sekolah dengan ikhlas. Macam mana pula 'relation' nya dengan tolong agama Allah. Dah kata solat awal waktu. Means, kita berusaha meletakkan syariat Allah setingginya, Yelah bila dah kita utamakan syariat Allah *solat melebihi benda lain seperti study dsbgnya. Itu dikira menolong agama Allah. Begitu juga dengan benda lain. Dapat? Tak dapat, tanyalah yang A'lim *berilmu...

SPM itu cukup mudah apabila Allah mengkehedaki mudah bagi kita..
Maka berusaha, berdoa sambil berlari kepada Allah.

Kakak Husna Najihah !! saya ambil gambar awak :)


Berdoalah kepada Allah, walau apa jua bentuk soalan yang kita jawab, MUDAH untuk kita selesaikan :)
MUDAH untuk kita hadapi :)
MUDAH untuk kita jadi orang yang sentiasa bersyukur :)

Tamat..!!

MogaMoga perkongsian ini boleh dijadikan guide yang sedikit membantu. Tembaklah doamu untukku dari jauh kerana ketahuilah aku juga menyintaimu kerana Allah..

With Love..

Contoh belajar berjemaah dengan kasih sayang + gumbira !! :)

Doa Rabithah pengikat ukhwah di jalan Allah :)
Ustaz Ismail kata hidup mudah apabila kita sentiasa mudah dalam tindakan namun tiada istilah ambil mudah untuk pelajaran

#Pengumuman: Ustaz Ismail PK Akademik turut bersama kami Batch 57 meninggalkan Bumi Waqafan. Beliau kini di SMS Lahad Datu dan Inshaa Allah akan kembali ke KISAS sebagai PENGETUA, inshaa Allah setelah Tuan Haji Abdullah Jusoh bersara ..

:)
Sekian, Wallahua'lam






5 comments:

  1. Kak Fatin Fatini, Alhamdulillah semangat saya terasa seperti disuntik untuk menjadi fivers! Syukraan akak :)

    ReplyDelete
  2. Ehemm..
    Dugaan dan cabarab semasa jdi Fivers itu biase lah..
    Harungi dengan banyakbanyak cari hikmah di sebalik setiap kejadian,
    Jangan rase down.. lebihlebih lagi, adik yg berjawatan tuh.. Lagi 1, jgn jdikan jawatan sbgai gap dgn sahabatsahabat..Bile join member, jgn rse pun kite berjawatan.
    tapi, bile dh kne lgsaikan tugas n tgungjawab, jgn lak buatbuat lpe jawatan ..parah tuh :)

    ReplyDelete
  3. dik.~ttba akk rindu bila baca entry nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak (:
      Ktorang yg bru bbrape hri tgglkan bumi tuh pun dh terasa sgt rindu dgnnya..inikan ple akak..
      Ya Rabbi.. Allahumma sallim tarbiyatan bi ardhina mawqufah,wasallim biatan solihatan huna

      Delete
  4. 3ma kasih akak.walaupun dh hampir 2 bulan sekolah baru saya nk baca blog akak, tpi ia sgt berguna.3ma kasih akak

    ReplyDelete