Followers

Thursday, December 27, 2012

Lepasan SPM Edisi: Kerana Dia Lepasan Kolej Tarbiyah


Di luar Dewan Al Muttaqin Wal Muthaqqafin:


"Dah habis SPM ! Bapak lah, rasa macam tak percaya. Masa paper first pun rasa tak percaya. Sedar tak sedar, selesai sudah perjuangan kita kat sini"
 Merdeka !!

Maka banyaklah peristiwa selepas itu:


  •  Majlis Kemuncak Apresiasi Mulimat Batch 57 (MAKAM). Ramai komplen apehal lah ko letak nama MAKAM ?! Punya lah banyak nama. Kata aku di dalam hati "Biarlah nama itu diingati suke hati aku lah..hehe..Gurau !

Blog aku bukannya private pun. Risau untuk memperjudikan gambar jelas sahabatsahabat Batch 57 ..Peace :)

Guru-guru yang hadir  dan err, mama DM:)

Kenderaan pergi: Kenangan lah pandai, letak gambar nih !

Apa lagi, Aminkanlah :)

Lokasi MAKAM :)


Ade bran?!! Bagus betul makcik tokei kedai nh :)


Secebis daripada 150 menu ! :)



Tetamu undangan saatsaat akhir :)
Ayahanda pengetua tercinta yang sangat berpuas hati dengan MAKAM katanya. Alhamdulillah


#Batch58 sila rancang anda punya pula awalawal. ! Err, cadangan, takyah campur muslimin, lagi best. Sekadar cadangan :)


  • Outing last dengan sahabatsahabat kat Berjaya Times Square. Aku nasihatkan tak payah pergi tempat cenggitu. Baik pergi BookFair ke Edu Fair ke Konvensyen Fiqh. LAGI BAGUS!!. Oh lupa, sarapan nasi lemak. Ingat RM145 ye jumlah harga. Aku bagitahu sebab haritu ramai tanya aku tak nak bagitahu. Bukan aku belanja. Itu duit lebihan MAKAM selepas bas tak kena bayar. Means? Free lah pandai ! 



Eh blog kau ni dah lari dari tujuan asal, semua kau nak cerita !
Fuhh. Lek luh kawan.

بسم الله
رب العالمين
السلام عليكم

Segala puji bagi Allah pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam atas junjungan yang mulia HabiburRahman Muhammad SAW kerana hari ini, walau pelajar sekolah mana pun anda, nikmat yang terbesar Iman dan Islam milik anda ! الحمد لله 

Perjalanan saya dan anda sebagai hamba masih terlalu jauh.
Tahniah buat bakal UTPians
Muslimat: Fatihah Fauzi 501, Alia Hazwa501, Wan Nurul Islamiah503 Alia Natasha 502 dan nanti lah update lagi :)

Juga selamat berjuang menjadi bakal ahli syurga buat bakal DQians tetapi tak bermakna anda dan anda dan saya yang tak ke sana tiada peluang rebut tiket ke syurga Allah. Sebelum terlupa tahniah buat anda ! :)
Muslimat: FitriMustapa502, AtiqahAsram509, AinaaMadihah509, Athirah Nordin509, dan MizanIzzati509. Err, tahniah yang tidak langsung buat warga 509. Ramai benor bakal huffaz :) Dah rezeki Allah pada mereka.

Yang bakal menjadi orang pantas bekerja kerana diterima di laluan pantas UPMians juga, Tahniah ! Rezeki anda di sana. Moga anda helang yang hebat. :)

Muslimat: AizaSophia506, AliaHazwa501, Wan Nur Asyihah505, FatinFarhana501, Nur Aqilah Ismail 501 dan... er, nantilah update lagi:)


Mereka berjaya ke situ kerana rezeki mereka memang dah Allah takdirkan di situ.

Tidak bermakna anda dan saya yang tidak ke manamana (buat masa ini) tiada rezeki di dunia ini. Sedangkan ulat di dalam batu pun, sudah lama Allah tentukan rezeki yang terbaik untuk mereka apatah lagi kita yang tercipta sebagai sebaikbaik ciptaan
Dush! headshot, kepala sendiri

_________________________________________________________________________________

Dan sekarang anda bekas lepasan bumi tarbiah. (khusus, khusus sekhususnya !)

Dulu anda lah pejuang tarbiyah katanya.
Jam tiga, anda sudah bangun dengan wudhuk yang sempurna, terbongkokbongkok merapati Yang Maha Esa

Dulu, anda juga pencinta majlismajlis taman syurga. Duduk rapatrapat. Ikut sunnah katanya. Alhamdulillah.

Dulu, anda juga seorang yang lembut hatinya. Suka mengikut peraturan walaupun naluri remaja memberontak tidak suka

Dulu, anda juga seorang seorang pencinta tegar saf hadapan.
dan

Mungkin,

 Dulu anda seorang pencinta ilmu. Pantang ada kelas tambah yang percuma anjuran guru. Andalah orang pertama !

Err, mungkin senarai di atas bukan semuanya diri anda. Tapi, saya yakin dan percaya, siswazah lepasan kolej tarbiyah mungkin punya satu ciri daripadanya.
Dan sekarang fasa dunia-batu-kaca anda sudah pun tamat. Lainlah, anda punya citacita mahu jadi calon setam (fahamkan STAM) . Kini, anda tidak lagi punya PUISI BUAT TEMAN untuk mengingatkan anda.

Sekarang tibalah masanya, pipit kanakkanak menginjak umur puberty sebelum menjadi helang berkuasa.
_________________________________________________________________________________

Siapa anda dan apa yang jadi pada anda sekarang?

Mungkin..

Tibatiba, fon anda yang sepi selama dua tahun, dihujani dengan pelbagai nombor baru yang tidak anda tahu apa jantinanya.

Tibatiba lagi, inbox anda di mukabuku penuh dengan warkahwarkah penghuni bumi sama. Oh, tiba-tiba ! Err, teringat pada nyanyian Alyah ketika di Tingkatan Dua "Tak Mungkin Kerana Sayang"Anda tidak tahu? Bagus ! Memang tu lagu lagha yang pernah saya suka
Tibatiba, banyak pula cerita Korea yang memang dah lama anda berpuasa untuknya menyapa anda. mohon untuk dimainkan di komputer riba. #Dah maju lah, IPad pun boleh:P

Tibatiba, banyak pula drama cinta yang anda suka
Oh, tibatiba..hilang pula balutan (baca sarung) lengan dan kaki ketika anda berjalan di kota raya

Tibatiba
Setelah begitu banyak anda berubah selepas merdeka dari pagar besi (jangan baca penjara) Bumi Tarbiah Nan Indah, anda kata anda rindu bumi itu.
_________________________________________________________________________________

Siapalah saya untuk tembak katakata ini pada siapasiapa. Post ini juga untuk diri saya yang banyak juga khilaf.

Sebenarnya, inilah masanya kita benarbenar tahu sapa kita sebenarnya. Di manakah KPI (baca Key Performance Index) Tarbiyah yang berjaya terserap jadi akhlak kita.

Dulu di Bumi Tarbiyah kita diibaratkan seperti:

Satu
Seorang anak kecil yang sentiasa dipimpin oleh ibu muda cantik bergaya yang penyayang.

Dua (buat Dura)
Seperti perbincangan Dura yang boleh anda tanya macammacam, dijawab pula dalam jamaah yang penuh kasih sayang.

Tiga (kelas Syuruk)
Seorang muslimat yang boleh meminta diterangkan pelbagai perkara dan yang menjawabnya.

Empat (kelas AddMate)
Pelajar lemah yang boleh bertanya soalan bentuk berulangkali sehingga faham tanpa dimarahi walau sedikit pun.

Lima
Pelajar kelas memandu yang masih L, yang dibimbing oleh jurulatih

Kini, fasa itu telah berlalu pergi.
Anda dan saya tiada punya semua itu lagi dan sekarang masanya anda dan saya bertebaran entah ke manamana.

Dan jangan pernah menyesali semua ini

kerana

  Dia Lepasan Kolej Tarbiyah
Maka, selamat menjadi helang :)


Dan saya punya kerja idaman selepas Sijil Pelajaran Malaysia
Pembantu Kedai Buku !!maka banyaklah buku edisi baru yang saya boleh baca. Syukur padaNya. Alhamdulillah.
Itu bermakna saya tidak punya masa ke Konvensyen Fiqh . Saya sedih tetapi gembira.



:) Terimakasih buat yang memerah idea mereka gambar nh. Sumpah, saya suka !









Sekian.
Yang Berkata Sudah Tentu Diuji
Wallahua'lam






3 comments:

  1. nanti buat lah macam ni

    http://khazanah-solehah.blogspot.com/2012/12/update-muslimat-batch-56-kisas-10-11.html

    setiap tahun ada. batch 57? ehem yakin dengan anda.

    ReplyDelete
  2. ehem adik manis kacak bergaya.eh?

    hehe :)

    bangga dgn adik2. smgt KI nyata terserlah.

    fastaqim kama umirta ;)

    ReplyDelete