Followers

Tuesday, December 11, 2012

The Duraluminors~..

Dengan nama Allah yang Menciptakan..

Segala puji bagi Allah Yang menjadikan Husni Mubarak untuk Morsi alHafiz, yang menjadikan anak-anak untuk dididik oleh seorang manusia bernama ibu,menjadikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan yang menjadikan Fatin Fatini binti Ismadi sebagai abdi yang masih punya peluang untuk membaiki diri..



Bersyukurlah dengan berkat perjuangan Muhammad SAW, akhirnya hari ini nikmat UKHWAH ISLAMIAH dapat kita nikmati dengan dua nikmat teragung iaitu nikmat IMAN n ISLAM

*In sha Allah, jom kita imbau sejarah The Duraluminors :)

Pengenalan:
The Duraluminors ini asalnya diambil daripada perkataan duralumin iaitu sejenis alloy yang kita belajar dalam sukatan Chemistry Tingkatan 4 dalam tajuk Manufactured Substances in Industry.
 *untuk berkenalan dengan Duralumin sila klik sini dan sini

Andai gerakan ikhwanul Muslimin bermula dengan gerakan usrah yang dipelopori oleh Imam Hassanal Banna, tidak keterlaluan jika dikatakan usrah bukan sekadar mengenal Allah dengan perkenalan yang biasa-biasa, malah usrah adalah menjadi turning point untuk kita menyedari hakikat kenapa kita ditakdirkan jadi manusia.

The Duraluminors ialah sebuah usrah akademik yang berorientasikan study group dalam suasana yang penuh kasih sayang dan saling memerlukan antara satu sama lain. Secara mudah, bertepatan dengan sifat semulajadi duralumin yang ringan tetapi sangat kuat dengan syarat perlu wujudnya zarah-zarah yangb berlainan untuk saling menarik, begitu juga dengan The Duraluminors. Dengan ketidakhadiran seorang ahli sahaja, sudah cukup untuk menimbulkan caj yang dipanggail caj sedih. Biasalah, saudah dinamakan manusia, banyak perasaanya

Asal-Usul:
Usrah akademik ini pada asalnya menjadi program batch yang dilancarkan dengan empat nama iaitu Platinum, Emerald, Mutiara dan Diamond. Kalau dikenang setiap hari sebelum makan malam, ada pengumuman yang berkumandang meyenaraikan nama-nama yang perlu bergerak ke Bilik Rehat Pelajar Blok E. Jujur, memang berat dan sangat sukar untuk berdepan dengan sahabat-sahabat yang sangat dikagumi dengan kelebihan masing-masing. Namun, dengan tujuan yang satu yakni untuk melonjakkan prestasi kecemerlangan intelek Batch seiring dengan kemurnian rohani, maka dipendekkan cerita, kesemua lapan kumpulan usrah akademik ini dijadikan satu kumpulan bernaung di bawah satu nama Platinum 1. Seramai 22 orang ahli dengan rela hati telah menjadi sebahagian daripada keluarga Platinum 1 pada awalnya.

Mehnah dan Tribulasi:
Mana mungkin, dalam apa-apa urusan mukmin, tidak didatangkan bersama-sama ujian?
Masihkah kita ingat detik-detik tertukarnya nama Platinum 1 ---->The Duraluminors...asalnya, nama yang menjadi pilihan ialah Sayyidul Fattah, tapi Duraluminors pun sedap jugak..
Masihkan di ingatan, saat-saat muslimin tengok bola kat COE n kantin sementara di kelas terjadi khilaf dalam tajuk Lymphatic System? (Atiqah Razin mesti senym-senyum)
Ingatkah lagi saat usrah ini menerima ujian kelalaian dan Husna mengutuskan surat yang kita sama-sama baca di pentas DM tanpa kehadiran Husna
Terkenangkah kita pada memori usrah akademik yang hampir-hampir bubar berikutan ada prep berfokus?
Apa pula dengan kenangan adik muslimin Form 4 keluar masuk kelas 404 dan 407..(Alaaa, peristiwa yang masuk caj henfon n adik yang hari-hari masuk ambil buku)



YangPastiTEGUHDALAMMEMORI:
Saat diri ini menangis bersama-sama Dura..
Saat kita berjaya melonjakkan prestasi diri dalam Ujian Diagnostik (walaupun hanya ketara pada subjek Sejarah. In sha Allah, yang lain tu dah ada pada aturan Allah)
Saat belajar di padang ragbi bersama-sama
Saat memulakan perbincangan dengan kalamullah..
Saat kita bersatu hati
Saat kita berkumpul di pentas DM setiap petang pada awal-awal penubuhan
dan yang pastinya...................saat-saat itu pasti tidak berulang maka syukurilah anugerah yang telah Allah bagi

Dan untuk yang terakhir pada kali ini..
Apa yang telah membuatkan diri ini terus kuat bersama-sama The Duraluminors ialah.........
                                           petikan kalam Allah yang sungguh bermukjizat daripada Surah Al-Baqarah ayat 112

Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri  sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati

Moga kita akan menjadi helang yang bertebaran di seluruh bumi Allah dengan izin Allah..
Amiiin..


Sekian..Wallahua'lam

3 comments:

  1. eh, wujud lagikah surat cinta itu ?
    ehemm .

    moga alah redha semuanya . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seharusnya lah.. wujud lagi.. masih kemas dalam simpanan.
      ;D
      Ya. Ya. Moga Allah redha ;)

      Delete