Followers

Saturday, November 20, 2010

Kerana Kurang Kasih Syg.............Bacalah..Sdih nih..

Salamun alaik..
Artikel yg menyebakkan perasaan..dicopypaste drpd notes spa tah kt fesbukk..

Permulaan..........
tangan terasa panas selepas satu tamparan kuat menyinggah pipi anak muridku. mukanya yang tadi tersengih-sengih seperti kerang busuk kerana menyangka aku tidak akan bertindak keterlaluan, mula berubah kerana menahan sakit. matanya bulat terkejut.


"pergi duduk!" jeritku. murid itu perlahan-lahan menapak ke tempatnya. dia duduk lalu menekup muka, menangis. aku buat-buat tidak nampak dan hati masih menggelegak kerana dipermainkan.


aku menyambung pengajaran, murid lain menekuniku sesekali mencuri pandang pada murid yang ditampar tadi. murid itu masih menekup muka. aku buat-buat tidak nampak.


kelas hari itu diakhiri dengan nasihat (amaran) supaya jangan cari pasal dengan guru. buruk padahnya.


aku duduk di dalam bilik guru, termenung. tangan yang menampar muridku masih panas. perasaan menyesal perlahan-lahan menyelinap ke dalam hati. seorang guru tidak sepatutnya menggunakan kekerasan sewenang-wenangnya pada murid, aku mengeluh. hari itu aku telah menggunakan sepaklogi berbanding pedagogi yang dipelajari selama ini. cara pavlov, skinner, thorndike, bandura, maslow, semuanya aku lupa (mungkin aku guna salah satunya - peneguhan negatif). tapi maaf, semasa tamparan itu amarah lebih menguasai diri daripada niat mendidik.


teringat beberapa bulan dulu, kali pertama aku menamparnya adalah disebabkan alasan yang sama. hari ini buat kesekian kalinya tamparan ini menyinggah lagi ke pipinya, nak kata perlahan pun tak, kekuatannya sama seperti aku servis bola tampar. servis seorang guru pendidikan jasmani. tadi pun kepalanya tergeleng-geleng kerana berdesing.


hari aku menamparnya berlalu begitu sahaja. dan seperti dahulu juga, murid tersebut kembali seperti biasa, membuat onar di dalam kelas, keluar-masuk kelas sesuka hati. dia menjadi pusat tumpuan - seorang murid gemuk yang tidak mendengar kata. dalam bilik guru sering kali terdengar ceritanya dibawa oleh guru-guru - tidak siap kerja, mengacau orang, malas menulis, markah rendah, tak buat kerja rumah, peluk budak perempuan, boleh dikatakan semua sifat delinkuen ada padanya. ada sekali dia dibawa membuat kerja rumah di hadapan guru besar, tak sampai 5 minit, siap! dia bukan seorang murid bodoh, pandai, tapi bersikap pelik dari orang lain. tetapi dia juga sibuk ingin tahu bermacam-macam benda (yang tak berkaitan dengan pelajaran), dan amat meminati telefon bimbit dan laptop - hinggakan henset aku yg cikai pon dia tanya "kenapa cikgu pakai henpon lama?".......


pening kepala semua guru.


hampir setahun dia berkeadaan begitu, aku tertanya-tanya, mengapa ya dia bersikap begini? dia ada masalah keluarga? dia tertekan? dia tak cukup kasih sayang? aku mesti siasat...


selepas lama mencari jawapan, aku buntu. dia masih seperti itu. berkeliaran tak tentu hala, berjalan-jalan di luar bilik guru sambil menjeling-jeling tengok ke dalam sama ada terdapat guru yang perasan akan dia. begitu juga di kantin, saban hari!


suatu hari, hari yang memberikan jawapan mengapa dia bersikap begitu, adalah beberapa hari sebelum sesi persekolahan 2010 tamat, dia datang mendekati. memerhati aku yang baru saja selesai menjual gambar aktiviti perkhemahan kepada murid-murid.


"cikgu buat apa?" dia bertanya seraya membelek-belek album gambar. aku menjawab dan bercerita serba sedikit. kataku, tahun depan bila dia naik tahap dua, boleh la berkhemah.


tiba-tiba aku teringat dulu, aku pernah bertanya "kenapa kamu tak solat?"


"nak tunggu tahun empat"


hah? aku hairan dengan jawapannya, lain daripada jawapan orang! aku harap dia jawab seperti rakan lain - terlupa, bangun lambat, atau mak tak kejut - pelik aku dengan jawapannya.


"kenapa nak tunggu tahun empat?"


"sebab bila naik tahun empat kena pukul" jawabnya. ish, budak ni bijak, kataku di dalam hati. "kalau kamu mati sebelum sempat tahun empat macam mana?". dia diam...


ingatan aku kembali ke masa kini, dia masih membelek-belek album. kataku "lepas ni kamu kena la solat, sebab dah naik darjah empat". dia tersenyum saja dan terus meneliti gambar. "mudah saja nak mula, cuma ikut ibu atau ayah kamu solat je dulu".


lepas senyap sekejap dia tiba-tiba bercakap "cikgu, ayah saya dah bercerai dengan mak saya".


hatiku terkejut, namun wajahku biasa saja. mendengar dia berkata begitu membuatkan aku menoktahkan segala persoalan yang berlegar-legar selama ini dengan hanya sepotong ayat ringkas. terkejut aku, kerana melihatnya seperti melihatku. seperti aku melihat ke dalam cermin. kasihan.


perlahan-lahan aku membuka mulut, memilih kata yang paling sesuai untuknya.


"cikgu pun macam kamu" kataku, dan memandang tepat matanya. "dulu semasa kecil, ayah cikgu meninggalkan ibu cikgu untuk seorang perempuan yang lain, ayah cikgu bukan seorang lelaki yang baik".


sambungku "cikgu cemburu pada kawan-kawan yang mempunyai keluarga yang sempurna, mereka semua ada ibu dan ayah, cikgu tak ada semua tu! tapi, cikgu tidak mudah menyerah kalah pada nasib hidup. cikgu belajar bersungguh-sungguh dan berazam untuk membantu ibu cikgu yang bersusah-payah membesarkan cikgu dan adik-beradik lain yang ramai"


dia memandangku, matanya bersinar. aku bercerita panjang lebar dan akhirnya aku akhiri dengan satu ayat - "tapi, macam mana nak mula? mestilah dengan solat....kita mohon dari ALLAH akan kekuatan dan pertolongan, ya?"


selesai saja, dia mengangguk dan bangun. dadanya menghirup nafas bersemangat dan tabik hormat padaku. "tak perlu tergesa-gesa, mulalah perlahan-lahan, ikut dulu ibu atau aki solat subuh dan maghrib ya? bila dah biasa nanti bolehlah solat sendiri!"


dia menghulurkan salam dan berlalu pergi. ekor mataku menghantarnya dengan harapan dan doa.


"ya ALLAH, KAU bantulah anak ini mencariMU..."



No comments:

Post a Comment