Followers

Monday, January 23, 2012

Hati Ini Berbicara ~..

Dengan Nama Allah Yang Menciptakan..

Apa khabar sahabat, stalkers.. kakakkakak Batch 56 yang rasanya sangat banyak masa lapang dan pengikutpengikut setia..

Maaf!!

Aku dah lama x boleh update blog nih..

Biasalah..segalanya dah tertulis Lauh Mahfuz, apa yang akan terjadi..
Sebagai hamba yang beriman dengan rukunrukun IMAN..WAJIB untuk kita menerima segala aturan Allah dengan rasa tabah, dan meredahai segalanya..

Manusia merancang
Allah juga merancang
Dan Allah lah sebaikbaik perancang..

Kenapa anda susah sangat untuk meyakini firman Allah yang di atas itu..??
Anda tak perlu untuk rasa kecewa atau bimbang perkara buruk yang berlaku jika anda yakin semuanya rancangan Allah..

Aku menulis ini bersebab..
Aku rasa warga Kolej Islam Sultan Alam Shah yang terkenal dengan 5 Perkara(mudah-mudahan lima perkara ini terus bertahan hingga ke akhirnya..Doakan..) ini juga faham apa yang aku nak sampaikan..



Janganlah mencari jawatan kerana itulah seburuk-buruk sifat pemimpin...
Terimalah jawatan yg diberikan kerana itulah taklifan yang Allah berikan...
Layanilah orang yg dipimpin dengan sebaik mungkin..
Sesungguhnya ibadat terbesar seorang pemimpin ialah meneladani pimpinannya...


Sahabatku yang dicintai kerana Allah..
Pertemuan kita adalah kebetulan..
Kebetulan menyebabkan kita menjadi teman..
Persahabatan kita menjadi labih indah,
ANDAI SENTIASA DALAM REDHA ALLAH..

...................................................

Aku harap Kisasian-to-be..boleh baca apa yang aku sampaikan di sini..

Kepada bakal adik-adikku Batch 58 yang aku sayangi sematamata meraih redhaNya...

Di sini akak nak ceritakan bagaimana kehidupan adikadik bila mana adik dah menjejakkan kaki di Bumi Waqafan..

Sehebat mana pun adik-adik di sekolah adik sekarang..
Bila adik jadi sebahagian penghuni Bumi Waqafan, adik dan Batch adik = BATCH 58 ADALAH SAMA..
Tak kisah lah adik bakal Timbalan Ketua Umum ka Presiden Hawa (BADAR) ka atau atau apa apa jawatan yang hebat-hebat di sekolah adik sekarang..

AdikAdik SAMA SAHAJA!!
Semua adik akan ditarbiyah..
Suka atau tidak..
Penat atau kuat..
Gembira auat Menyampah..
Terima saja dengan HATI YANG REDHA..

Kalau adikadik redha dan ikhlas dengan pengajaran tidak formal di Bumi Waqafan (KISAS lah)..adikadik akan jadi insan yang cukup hebat di mata Allah, Insya Allah..

Lepas beberapa bulan adikadik berada di Bumi Waqafan..
ada antara aadikadik yang akan jadi Pra Ketua Pelajar, PraBadar..Pra Perkisas(pengawas pusat sumber)
dan mungkin ada yang jadi PRS..

Mungkin..
Ada yang tidak PERNAH merasai berjawatan di sekolah akan rasa pegang jawatan..
Itu biasa..

dan
Mungkin ada bakal Timbalan Ketua Umum yang xdapat jadi apaapa..bila di KISAS
Tidak Mengapa..
Itu Aturan Allah..

Hidup kan ibarat RODA..
Dah lama adik kat atas..
sesekali rasalah duduk di bawah..

Itu baru cerita pasal jawatan...............

Kemudian,
AdikAdik akan sedikit terkejut hingga mungkin stress dengan keputusan peperiksaan adik-adik..
Mungkin ada yang tidak pernah gagal dalam manamana subjek tiba-tiba GAGAL..

Sabarlah..
Nanti lepas adik baca entry nih sampai habis klik di sini untuk tahu situasi di Kolej Islam Sultan Alam Shah..

Tapi pesan dan amaran akak..
JANGAN SESEKALI MENYESALI MASUK KISAS..
Allah yang aturkan.....

AdikAdikKu,
Biah(suasana) di Kolej Islam SAS amatlah sesuai untuk adikadik mendekatkan diri kepada Allah..
AdikAdik akan dapat berjemaah lima waktu solat sehari, liqa' al mulk, usrah, zikir berjemaah, studi dengan sahabat.
. INILAH MUTIARA MUTIARA BUMI WAQAFAN // KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH



Serius..
Bila adik adik sampai di rumah waktu cuti panjang..adik adik akan mula merindui suasana KISAS..
Xpercaya??
Insya Allah, akak percaya adik akan rasa..

Bila kat Kolej Islam Sultan Alam Shah..
AdikAdik akan jumpa ramai (mungkin semua) sahabat yang baikbaik..
Hargai mereka..
Jalinkan ukhwah kerana ALLAH dengan niat untuk mencari redhaNya..


Ukhwah di Kolej  Islam sangatlah luar biasa..
Bila adik jatuh..
Ramai yang akan bantu adik bangun..

InsyaAllah..adik tak akan pernah rasa keseorangan...
Bila kat KISAS selalu perbaharui niat semuanya kerana Allah..
Banyakkan ingat Allah dan jangan lupa doa untuk ibu ayah..
Jangan malas call ibu ayah..Tanya khabar diorang..

AdikAdik..
Bila adik jaga hak ALLAH (buat semua rukun Islam + amalan sunat secara istiqamah)
ALLAH AKAN JAGA HAK ADIK ADIK..

Itulah antara sebab KISAS terus kekal sebagai sekolah terbaik dalam banyak Sistem Peperiksaan Awam..

AdikAdik..
Akak yang menaip nih masih banyak kelemahan..
Apa yang akak taip dan cerita kat sini adalah datangnya dari ALLAH..
Doakan akak dhobit di jalanNya..

Adik tidak sempurna, Akak juga begitu kerana hakikatnya kita cuma HAMBA..

Oklah..
Kepada bakal adik-adik akak..
InsyaAllah..
Jumpa akak di KISAS//Bumi Waqafan
pada 31 Januari 2011
andai akak masih ada umur yang panjang

Hingga Bertemu Lagi..
Wallahua'lam......






4 comments:

  1. terima kasih akak. bagi kata-kata yang sangat bermakna

    ReplyDelete
  2. seriously sy rasa mcm nk nangis bila baca,terharu, entah la.. bercelaru rasa nk gi dftr mggu dpn.. Ya Allah tabahkan hati ni..thanx anyway kak!

    ReplyDelete
  3. Terlalu sedih membaca catatan ini, anak makcik masih ragu-ragu untuk ke sana padahal inilah peluang untuk menjadi insan terbaik, cemerlang dunia akhirat. Catatan ini menguatkan iltizam makcik kerana surat tawaran yang diterima umpama menerima sebutir mutiara yang berharga.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete